27 Julai
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
10 | 11 | 12 | 13 | |||
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
27 Julai merupakan hari ke-208 (hari ke-209 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 157 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari juga merupakan Hari José Celso Barbosa di Puerto Rico.
Peristiwa
Kawasan Keselamatan Bersama Korea dilihat dari Utara (kiri) dan Selatan (kanan) |
- 1214 - Di Perancis, Philip II dari Perancis memenangi Pertempuran Bouvines secara muktamad.
- 1302 - Peperangan Islam-Rom Byzantine: Kesultanan Uthmaniyyah mendapat kemenangan besar pertamanya menentang Empayar Byzantine di Bithynia.
- 1549 - Kapal paderi Jesuit Francis Xavier tiba di Kagoshima, Jepun.
- 1694 - Piagam Diraja dikurniakan kepada Bank England sebagai jurubank Kerajaan England.
- 1865 - Sekumpulan 153 peneroka Wales tiba di Lembah Chubut di kawasan Patagonia, Argentina.
- 1880 - Perang Inggeris-Afghan Kedua: Dalam satu kemenangan yang membawa kerugian, angkatan Afghan pimpinan Ayub Khan menewaskan Tentera Darat British berhampiran Maiwand, Afghanistan.
- 1921 - Sekumpulan penyelidik Universiti Toronto yang diketuai Frederick Banting mengumumkan penemuan hormon insulin (gambar carta sintesis).
- 1953 - Gencatan senjata dicapai dalam Perang Korea, dan Zon Bebas Tentera (gambar Kawasan Keselamatan Bersama) diwujudkan sebagai sempadan, secara rasmi mengekalkan pembahagian Korea.
- 1955 - Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia).
- 1996 - Sebutir bom paip meletup semasa Sukan Olimpik di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, membunuh dua orang dan mencederakan 111 yang lain.
- 2012 - Upacara pembukaan Sukan Olimpik XXX (gambar) dijalankan di London.
Kelahiran
- 1944 - Abdul Hamid Pawanteh, Menteri Besar Perlis ke-5
- 1963 - Donnie Yen, pelakon, pengarah dan penerbit filem Hong Kong
- 1966 - Steve Tilson, pengurus dan pemain bola sepak Inggeris
- 1967 - Rahul Bose, wartawan, pelakon, pengarah dan penulis lakon layar India
- 1969
- Rashed Al-Majed, penyanyi, penulis lagu, pemuzik, penulis lagu, dan pelakon lelaki Arab Saudi
- Triple H, ahli gusti dan pelakon dari Amerika Syarikat
- 1972 - Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan Malaysia
- 1974 - Eason Chan, penyanyi dan pelakon dari Hong Kong
- 1977 - Foo Swee Chin, juruilustrasi Singapura
- 1998 - Cinta Brian, pelakon lelaki Indonesia
Kematian
- 1844 – John Dalton, English physicist, meteorologist, and chemist (b. 1776)
- 1917 – Emil Theodor Kocher, ahli fizik dan cendekiawan Switzerland, pemenang Hadiah Nobel (b. 1841)
- 1980 – Mohammad Reza Pahlavi, Shah Iran (b. 1919)
- 2015 – A. P. J. Abdul Kalam, jurutera, cendekiawan dan presiden India ke-11 (b. 1931)
- 2017 - D. L. Menard, seorang penyanyi dari Amerika Syarikat.