71

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 71. Bagi kegunaan lain, sila lihat 71 (nombor).


Milenium: milenium pertama
Abad:
  • abad pertama SM
  • abad pertama
  • abad ke-2
Dekad:
  • 50-an
  • 60-an
  • 70-an
  • 80-an
  • 90-an
Tahun:
  • 68
  • 69
  • 70
  • 71 M
  • 72
  • 73
  • 74

71 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.

Peristiwa

Mengikut tempat

Asia

  • Rabel II, raja Nabataea, memulakan pemerintahannya, dan menjadikan Bostra di Syria sebagai ibu kotanya yang kedua.

Empayar Rom

  • Konsul-konsul: Vespasian, dan Nerva.
  • Rom membina sebuah kubu di York (Eboracum) sebagai pangkalan untuk tenteranya di utara. Pada mula-mulanya, kubu itu dibina khusus untuk legion IX Hispania. Peluasan yang kemudian termasuk perumahan awam, rumah-rumah mandi, serta candi-candi.
  • Potillius Cerealis, gabenor Britain, mematahkan pemberontakan puak Brigantes.
  • Potillius Cerealis menewaskan tentera Claudius Civilis dalam Pertempuran Treves dan dengan itu, mematahkan pemberontakan Batavia.
  • Titus dijadikan pengawal praetoria dan diberikan kuasa pemerintahan prokonsular serta juga kuasa tribun. Kesemua ini menunjukkan bahawa Vespasian ingin mengikut tradisi pewarisan keturunan.

Mengikut topik

Agama

  • Mitraisme, agama misteri, mula tersebar di seluruh Empayar Rom.

Seni dan Sains

  • Mangga dengan kunci yang bereka bentuk pintar mula digunakan di Rom.

Kelahiran

Kematian