Ali Hassan al-Majid

Ali Hassan al-Majid
Ali Hassan al-Majid at an investigative hearing in 2004
Kelahiran
علي حسن عبد المجيد التكريتي

(1941-11-30)30 November 1941
Tikrit, Kingdom of Iraq
Meninggal dunia25 Januari 2010(2010-01-25) (umur 68)
Republik Iraq
Sebab kematianDihukum gantung sampai mati
KerakyatanIraq
Terkenal keranaMenteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, pemerintah tentera dan ketua Khidmat Perisikan Iraq
HubunganSaddam Hussein (sepupu)

Ali Hassan Abd al-Majid al-Tikritieh ʿAlī Ḥasan ʿAbd al-Majīd al-Tikrītī, Arab: علي حسن عبد المجيد التكريتيcode: ar is deprecated , (30 November 1941[perlu rujukan] – 25 Januari 2010) ialah seorang ahli politik Iraq yang pernah menyandang jawatan Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Menteri, pemerintah tentera dan ketua Perkhidmatan Perisikan Iraq di bawah pemerintahan Parti Baath, di samping menjadi gabenor pendudukan Kuwait ketika Perang Teluk.

Sepupu kepada bekas Presiden Iraq Saddam Hussein ini menempa nama pada 1980-an dan 1990-an kerana peranannya dalam kempen kerajaan Iraq membasmi angkatan penentang dalaman, iaitu pejuang pemberontakan Kurdi di utara, dan pejuang mazhab Syiah di selatan. Antara langkah-langkah penindasan yang dilakukan termasuk pengusiran dan pembunuhan beramai-ramai; al-Majid diberi jolokan "Ali Kimia" oleh pejuang Kurdi kerana menggunakan senjata kimia ketika menyerang mereka.[1]

Al-Majid ditawan berikutan serangan kuasa luar terhadap Iraq pada tahun 2003 lalu didakwa atas jenayah perang, jenayah anti-kemanusiaan dan penghapusan kaum. Beliau disabit kesalahan pada Jun 2007 dan dihukum mati atas kezaliman yang dilakukannya di kempen al-Anfal pada 1980-an. Rayuannya agar hukuman diringankan ditolak pada 4 September 2007, dan sekali lagi beliau dihukum mati buat kali keempat pada 17 Januari 2010 lalu digantung sampai mati pada 25 Januari 2010.[2]

Rujukan

  1. ^ How the mighty are falling,The Economist, 5 Julai 2007
  2. ^ Saddam Hussein's henchman 'Chemical Ali' executed

Pautan luar

  • Ali Hassan Al Majeed
Persondata
Nama Ali Hassan Abd al-Majid al-Tikriti
Nama alternatif علي حسن عبد المجيد التكريتي
Pemerihalan ringkas Former Ba'athist Iraqi Defense Minister and commander. First cousin of former President Saddam Hussein
Tarikh kelahiran 1941
Tempat kelahiran Tikrit
Tarikh kematian 2010-01-25
Tempat kematian ?