Anjing gembala Wales

Anjing gembala Wales
Anjing gembala Wales triwarna
Nama ringkasCollie Wales
Negara asal Wales
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Wales (Wales: ci defaid Cymreigcode: cy is deprecated ; Templat:IPA-cy; bahasa Inggeris: Welsh sheepdogcode: en is deprecated ) atau collie Wales (bahasa Inggeris: Welsh colliecode: en is deprecated ) ialah satu baka atau baka tempatan anjing gembala dari Wales.

Seperti jenis anjing pekerja lain, anjing gembala Wales biasanya dibiakbakakan untuk kebolehan penggembalaannya lebih daripada penampilan, dan maka ia secara umumnya berubah-ubah, binaan, warna dan saiznya. Anjing gembala Wales adalah daripada jenis collie, biasanya hitam dan puthi, merah dan putih atau triwarna, dan tanda merle mungkin hadir dengan mana-mana gabungan ini. Bulunya mungkin pendek atau agak panjang, dan telinga mencucuk, tetapi biasanya terlipat di hujung. Ia berkaki lebih panjang, berdada lebih lebar dan bermuncung lebih luas daripada collie sempadan. Ia sangat giat dan cerdas, dan maka memerlukan banyak senaman dan rangsangan mental, sekiranya dibela sebagai anjing peliharaan. Anjing gembala Wales lebih biasa dikenali sebagai collie Wales, walau bagaimanapun ini ialah baka sama.

Anjing gembala Wales triwarna dari ladang di Brecon Beacons, Wales.

Selama berdekad-dekad anjing gembala Wales telah meluas digantikan di Wales untuk pekerjaan dengan biri-biri oleh collie sempadan, tetapi pada tahun baru-baru ini usaha telah dilakukan untuk mengekalkan anjing gembala Wales asli sebagai jenis tersendiri.

Anjing gembala Wales biasanya beraksi bermata longgar, tidak menetapkan ternakan dengan renungannya seperti collie sempadan yang bermata kuat. Ia mampu bekerja dengan bebas tanpa perlu berada di bawah kawalan manusia terus. Anjing gembala Wales paling kerap digunakan untuk penggembalaan biri-biri, tetapi juga bersedia bekerja dengan lembu, kambing, dan juga kuda dan babi. Secara tradisional ia pernah digunakan sebagai anjing penggiring untuk membawa lembu dan biri-biri ke pasar tempatan atau di tempat lain di Britain.

Jangka hayat anjing gembala Wales ialah 12–15 tahun.

Rujukan

Pautan luar

  • Persatuan Anjing Gembala Wales (Inggeris)
  • Anjing Gembala Wales Diarkibkan 2009-04-12 di Wayback Machine (Inggeris)
  • Baka Daripada Punca Sepunya dan Anjing Gembala Wales (Inggeris)
  • l
  • b
  • s
Anjing gembala dan penggiring
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari United Kingdom
Hound
Gundog
Terier
Baka pekerja
Baka mainan
Jenis bull
Anjing gembala
Lain-lain
Pupus
Jenis: Collie, fell terrier, longdog, lurcher, dan terier rubah