Bahasa buatan

Bahasa buatan (juga dipanggil bahasa tiruan, bahasa rekaan, bahasa ciptaan, bahasa binaan, atau conlang) merupakan sesebuah bahasa dimana fonologi, tatabahasa, dan/atau perbendaharaan katanya direka oleh seorang atau sekumpulan manusia dan bukannya berkembang secara semulajadi. Terdapat banyak sebab untuk mencipta bahasa buatan:

  • untuk memudahkan komunikasi manusia (lihat bahasa perantaraan antarabangsa dan kod)
  • untuk menghidupkan fiksyen atau dunia buatan yang berkaitan
  • eksperimentasi linguistik
  • untuk meraikan citarasa estetik seseorang dalam bahasa
  • permainan bahasa.
Bendera Bahasa Buatan yang digunakan oleh komuniti bahasa buatan, ia melambangkan Menara Babel di hadapan matahari.

"Bahasa terancang"

Istilah bahasa terancang kadang-kadang digunakan untuk membawa erti bahasa perantaraan antarabangsa, dan oleh sesiapa yang tidak setuju istilah "buatan" digunakan. Contohnya, tidak ramai penutur bahasa perantaraan Interlingua menganggap bahasa mereka itu sebagai "buatan", kerana tiadanya kandungan bercirikan rekaan, tidak seperti bahasa Esperanto dan Ido. Sesetengah penutur bahasa Esperanto dan Ido juga mengelakkan istilah "bahasa buatan" untuk menafikan apa-apa yang "tidak semulajadi" mengenai penggunaan bahasa mereka dalam komunikasi manusia.

Menggelar sesuatu bahasa itu sebagai "terancang" juga membantu menyelesaikan kesulitan dengan istilah "bahasa buatan": istilah "bahasa terancang" sering digunakan secara longgar untuk merangkumi sebilangan kecil bahasa perantaraan yang tidak dipandang sebagai bahasa buatan. Contohnya, Interlingua memopunyai perbendaharaan kata dan tatabahasa yang terbentuk secara semulajadi yang dikatalogkan dan distandardkan oleh sebuah badan penyelidikan linguistik. Meskipun penstandardan boleh dianggap sebagai satu kaedah perancangan, namun adalah sukar untuk mencirikan bahasa yang kandungannya dikembangkan secara semulajadi sebagai bahasa buatan.

Begitu juga, Latino sine Flexione (LsF) ialah peringkasan bahasa Latin yang mana fleksinya telah digugurkan. As with Interlingua, maka adalah sukar untuk menjelaskan bagaimana LsF boleh dilihat sebagai bahasa buatan. Kedua-dua LsF dan Interlingua dianggap sebagai bahasa perantaraan utama, namun hanya Interlingua yang laris ditutur hari ini.

Di luar komuniti Esperanto, istilah perancangan bahasa membawa erti langkah-langkah preskriptif yang diambil mengenai bahasa semulajadi. Dalam erti kata ini, "bahasa semulajadi" pun mungkin sebenarnya adalah bahasa buatan dari beberapa segi. Bagi tatabahasa preskriptif, yang mana wujudnya hukum-hukum buatan sepenuhnya, keadaan bertambah sukar. Contohnya, hukum dalam bahasa Inggeris yang melarang infinitif pemisahan adalah buatan. Istilah "Glossopoeia" yang dicipta oleh J. R. R. Tolkien juga digunakan untuk membawa erti pembuatan bahasa.

Bahasa a priori dan a posteriori

Sebuah bahasa buatan a priori merupakan suatu bahasa dimana ciri-ciri linguistiknya (seperti perbendaharaan kata, tatabahasa, dan lain-lain) tidak berdasarkan sebarang bahasa semulajadi, manakala sebuah bahasa a posteriori pula sebaliknya.[1] Walaubagaimanapun, pembahagian ini tidak bersifat hitam putih, hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat banyak bahasa buatan yang boleh digelar sebagai bahasa a priori apabila diambil kira sebahagian ciri linguistiknya dan pada masa yang sama, ciri-ciri linguistiknya yang lain, turut membenarkan justifikasi bahawa sesebuah bahasa buatan itu sebagai bahasa a posteriori.

Senarai bahasa buatan

Bahasa Perantaraan Antarabangsa

Bahasa perantaraan antarabangsa (IAL) merupakan bahasa yang dicipta untuk memudahkan komunikasi di antara manusia merentasi garis bahasa ibunda, tanpa niat untukr menghapuskannya.

Nama Bahasa Kod ISO Tahun Ciptaan Pencipta Huraian
Bahasa Solresol - 1827 François Sudre Sebuah bahasa berdasarkan not-not muzik di dalam Solfege.
Bahasa Volapük vo, vol 1879–1880 Johann Martin Schleyer Bahasa buatan pertama untuk memulakan perkembangan bahasa buatan.
Bahasa Esperanto eo, epo 1887 Ludwig Lazarus Zamenhof Bahasa perantaraan antarabangsa yang paling popular, dan satu-satunya bahasa buatan yang mempunyai penutur yang menggunakannya sebagai bahasa ibunda.
Bahasa Ido io, ido 1907 sekumpulan penutur Esperanto Bahasa buatan yang berasaskan Esperanto.
Bahasa Novial nov 1928 Otto Jespersen Sebuah bahasa ciptaan seorang pakar linguistik yang aktif dalam komuniti bahasa Esperanto dan Ido.
Bahasa Kotava avk 1978 Staren Fetcey Sebuah bahasa a priori yang berprinsipkan 'netraliti kebudayaan'. Komunitinya kebanyakan terdiri dari penutur bahasa Perancis.
Bahasa Lingwa de planeta - 2010 Dmitri Ivanov, Anastasia Lysenko, Elena Ivanova, Asya Vinogradova Bahasa perantaraan antarabangsa pertama yang menyenaraikan bahasa bukan Eropah sebagai salah satu sumber utamanya.
Bahasa Pandunia - 2005-2017 Risto Kupsala Bahasa buatan yang mengambil sumber dari 21 bahasa antarabangsa.
Bahasa Globasa - 2019 Hector Ortega Bahasa buatan yang terhasil susulan perselisihan pendapat sewaktu pembangunan bahasa Pandunia.

Bahasa Perantaraan Serantau

Seperti bahasa perantaraan antrabangsa, namun hanya merangkumi penutur kumpulan bahasa tertentu sahaja.

Nama Bahasa Kod ISO Tahun Ciptaan Pencipta Huraian
Bahasa Interslavik isv (dicadangkan) 2006 Ondrej Rečnik, Gabriel Svoboda, Jan van Steenbergen, Igor Polyakov, Vojtěch Merunka, Steeven Radzikowski Bertujuan untuk membantu komunikasi antara penutur bahasa Slavik, dikenali kerana kebolehfahaman yang tinggi di antara penutur bahasa-bahasa slavik.
Bahasa Guosa - Alex G. Igbineweka Bertujuan untuk menjadi lingua franca dalam ECOWAS.

Bahasa direka cipta

Bahasa direkacipta dibuat untuk mengkaji sesuatu hipotesis atau untuk berseksperimen dengan fitur-fitur linguistik yang inovatif. Bahasa-bahasa ini boleh dipecahkan kepada tiga kategori iaitu: bahasa berfalsafah, bahasa eksperimental dan bahasa logikal.

Nama Bahasa Kod ISO Tahun Ciptaan Pencipta Huraian
Bahasa Ithkuil - 1978–2016 John Quijada Sebuah bahasa logikal yang berhasrat untuk menghapuskan sebarang abiguiti dalam komunikasi.
Bahasa Lojban jbo 1987 Kumpulan Bahasa Logikal Sebuah bahasa logikal yang terhasil susulan kemunculan isu hakcipta berkenaan bahasa Loglan, sebuah bahasa logikal.
Bahasa Toki Pona tok 2001 Sonja Lang Sebuah bahasa minimalis yang hanya mempunyai 120 perkataan rasmi.

Bahasa kesenian

Bahasa kesenian merujuk kepada bahasa yang dicipta untuk memberi isian kedalam sesebuah dunia fiksyen. Istilah ini turut merujuk kepada bahasa yang bertujuan untuk menjadi wadah ekspresi seseorang.

Nama Bahasa Kod ISO Tahun Ciptaan Pencipta Huraian
Bahasa Quenya qya 1910–1973 J. R. R. Tolkien Sebuah bahasa Elvish, diinspirasi daripada bahasa Finland, Greek dan Yunani Kuno.
Bahasa Sindarin sjn 1915-1973 J. R. R. Tolkien Sebuah bahasa Elvish, diinspirasi daripada bahasa Welsh.
Bahasa Klingon tlh 1989 Marc Okrand Sebuah bahasa yang ditutur oleh spesis Klingon di dalam siri Star Trek.
Bahasa Na'vi - 2005 Paul Fromer Sebuah bahasa yang ditutur oleh spesis Na'vi di dalam siri filem Avatar.
Bahasa Izyadi[1] - 2022 Mohamad Fitri Sebuah bahasa yang mengambil inspirasi daripada pelbagai bahasa, misalnya; bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Cina dan Sanskrit.

Rujukan

  1. ^ Peterson, David (2015). The Art of Language Invention (ed. 1st). Penguin Books. m/s. 21–22. ISBN 978-0143126461.

Pautan luar

Pembelajaran
  • Audience, Uglossia, and CONLANG: Inventing Languages on the Internet by Sarah L. Higley. M/C: A Journal of Media and Culture 3.1 (2000).
  • Language Arts Outpost Diarkibkan 2008-01-01 di Wayback Machine preserves several articles from the paper zine Journal of Planned Languages
  • The Language Lab Diarkibkan 2017-09-12 di Wayback Machine, Rick Harrison's site, also reprints several such articles on specific languages
  • Language Creation Conference
Komuniti
  • The CONLANG Mailing List — Whence the term "conlang".
  • LiveJournal Conlangs community
  • Zompist Bulletin Board[pautan mati kekal] — a highly active online forum devoted to conlangs (and conworlds in general)
  • Conlanger Bulletin Board — A multilingual forum primarily for conlangers
  • Scriptorium Bulletin Board Diarkibkan 2021-02-07 di Wayback Machine — A forum primarily devoted to artificial and natural writing systems
  • #ConLang — The IRC channel #ConLang on EFNet
  • #isharia — Associated with the Zompist Bulletin Board
Bagaimana
  • The Language Construction Kit
  • How to Create a Language / Cómo crear un lenguaje: inspired by the Language Construction Kit; covers some overlooked topics.
  • How to Create a Language similar to the above
  • Langmaker: ConLangs and neologisms forum Diarkibkan 2007-12-14 di Wayback Machine
  • Lingua Questionnaire Diarkibkan 2007-12-21 di Wayback Machine: questions to aid in the writing of natural or constructed language grammars.
  • Thornton, Norman. "Re-Ending Technique and the Re-Ender Tool" (web application focused on poetic writes for sound effects and visual rhyme though can be repurposed). Dicapai pada Sept 11. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); More than one of |author= dan |last= specified (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
Panduan
  • Conlang Profiles at Langmaker.com — over 1,000 languages listed, frequently updated
  • Invaluable Conlang Links Diarkibkan 2005-04-04 di Wayback Machine
  • Blueprints For Babel Diarkibkan 2012-03-21 di Wayback Machine
  • Garrett's Links to Logical Languages
  • Department of Planned Languages and Esperanto Museum Diarkibkan 2007-02-28 di Wayback Machine of the Austrian National Library
Wiki
  • Conlang Wikia — "Conlang Free City"
  • ConlangWiki Diarkibkan 2005-04-14 di Wayback Machine — a wiki devoted to the topics of ConLangs and ConCultures.
  • FrathWiki
  • KneeQuickie Diarkibkan 2015-10-11 di Wayback Machine — wiki for conlanging, linguistics, and the ZBB Diarkibkan 2007-11-26 di Wayback Machine community.
  • IAL Wiki — a wiki for the Auxlang community
  • Unilang.org Diarkibkan 2004-10-29 di Wayback Machine — a database of language- and linguistic-related information
  • Sigsumeidsi Diarkibkan 2007-12-11 di Wayback Machine — The Sigsumeidsi Constructed Language (under GFDL).
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Bahasa buatan
Jenis
Senarai bahasa
mengikut jenis
Bahasa perantaraan
antarabangsa
  • Adjuvilo
  • Babm
  • Blissymbols
  • Bolak
  • Communicationssprache
  • Esperanto
    • Arcaicam
    • Esperanto II
    • Ido
    • Mundolinco
    • Reformed
    • Romániço
    • Esperantido lain
  • Globasa
  • Glosa
    • Interglossa
  • Idiom Neutral
  • Intal
  • Interlingua
  • Interlingue
  • International Sign
  • Kotava
  • Langue nouvelle
  • Latino sine flexione
  • Lingua Franca Nova
  • Lingwa de planeta
  • Mondial
  • Neo
  • Nal Bino
  • Novial
  • Pandunia
  • Pasilingua
  • Sambahsa
  • Solresol
  • Sona
  • Spokil
  • Unish
  • Universalglot
  • Uropi
  • Volapük
Bahasa perantaraan
serantau
  • Afrihili
  • Budinos
  • Bahasa Efatese
  • Eurolengo
  • Guosa
  • N'Ko
  • Palawa kani
  • Bahasa Pan-Jerman
    • Folkspraak
    • Tutonish
  • Bahasa Pan-Romawi
    • Romanid
    • Sabir
  • Bahasa Pan-Slavik
    • Interslavic
  • Runyakitara
  • Weltdeutsch
Bahasa direka cipta
  • aUI
  • Basic English
  • Dutton Speedwords
  • Ithkuil
  • Kalaba-X
  • Astrolinguistics
    • Lincos
  • Lingua generalis
  • Loglan
  • Logopandecteision
  • Lojban
  • Real Character
  • Ro
  • Toki Pona
  • Viossa
Bahasa fiksyen
dan berseni
  • Asa'pili
  • Kreol Belter
  • Brithenig
  • Dritok
  • Dothraki
  • Enchanta
  • Kēlen
  • Klingon
  • Kobaïan
  • Láadan
  • Loxian
  • Lydnevi
  • Mänti
  • Bahasa-bahasa Middle Earth
  • Naʼvi
  • Nadsat
  • Syldavian
  • Teonaht
  • Tsolyáni
  • Utopian
  • Valyrian
  • Venedic
  • Verdurian
  • Wenja
Lain-Lain
  • Balaibalan
  • Damin
  • Enochian
  • Eskayan
  • Lingua Ignota
  • Medefaidrin
  • Yerkish
  • Zaum
Sistem-sistem tulisan
  • Tulisan buatan
  • Ortografi Esperanto
  • Ciptaan Tolkien
    • Cirth
    • Sarati
    • Tengwar
Berkenaan
  • Conlanging: The Art of Crafting Tongues
  • Grammelot
  • Releksifikasi
  • "A Secret Vice"
  • Zompist.com
  • Langmaker
  • Kod-kod untuk bahasa buatan
Perbandingan
  • Esperanto/Ido
  • Pandunia/Globasa
  • Portal
  • Senarai bahasa buatan
  • Senarai pencipta bahasa