Darfur

Darfur (bahasa Arab دار فور, bermaksud "rumah puak Fur") adalah sebuah wilayah di barat Sudan. Darfur bersempadan dengan Republik Afrika Tengah dan Chad. Wilayah Darfur terbahagi kepada tiga iaitu Gharb Darfur (Darfur Barat), Janub Darfur (Darfur Selatan) dan Shamal Darfur (Darfur Utara).

Konflik Darfur antara militia Janjaweed dengan kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai Pergerakan Pembebasan Sudan (Sudan Liberation Movement and Justice) dan Pergerakan Keadilan. Konflik ini melibatkan pertentangan antara rakyat keturunan Arab dengan rakyat hitam Afrika selama beberapa tahun dan telah mengakibatkan pemusnahan etnik, ratusan ribu terbunuh dan berjuta menjadi pelarian dan hilang tempat tinggal.

Geografi

Peta negara Sudan
Lokasi wilayah Darfur

Bandar-bandar utama di wilayah Darfur ialah Al Fashir dan Geneina.

Darfur meliputi mukabumi seluas 493,180 km² menyamai keluasan 90% saiz negara Perancis dan lebih setengah keluasan negara Kenya. Kawasan ini meliputi Pergunungan Marrah (Jebel Marra), di mana puncak gunung berapinya pada ketinggian 3000 m terletak di tengah-tengah wilayah ini.

Demografi

Penduduk Darfur berjumlah 7.4 juta orang. Ekonominya sangat bergantung kepada sektor pertanian terutama sekali gandum, buah-buahan dan tembakau.

Semasa Dinasti Keira, pemerintahan bercorak kesultanan telah dijalankan.

Bahasa

Sebagai sebuah wilayah yang luas, Darfur mempunyai pelbagai suku dan puak. Setiap puak mempunyai bahasa yang tersendiri. Ketidakseragaman bahasa ini menyebabkan mereka bertelingkah dan sukar untuk disatukan. Antara bahasa utama di wilayah Darfur ialah:

  • Zaghawa
  • Fur
  • Daju
  • Tama
  • Erenga
  • Arab
  • Masalit
  • Sinyar
  • Kujarge dan Fongoro
  • Fulbe
  • Beigo

Pautan luar

  • Pulitzer Center on Crisis Reporting Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine "Our Choice, Too: On the Edge in Darfur" (Video)
  • Red Cross Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine Darfur Update from Red Cross
  • African Holocaust Darfur Report
  • "Darfur Without Delay" (with video) about AmeriCares efforts in Darfur Diarkibkan 2007-07-11 di Wayback Machine
  • Safer Access - A Collective Response on Darfur is NeededPDF
  • Google Earth Partnership with USHMM
  • Sudan Photographic Exhibition Diarkibkan 2011-09-29 di Wayback Machine - Documentary photographer's images of Sudan's displaced

Lihat juga

  • Konflik Darfur

13°00′N 25°00′E / 13.000°N 25.000°E / 13.000; 25.000