Der Schrei der Natur

Der Schrei der Natur, (1893), 91 x 73.5sm

Der Schrei der Natur [dĕr syrai dĕr na.tur] ("Jeritan Alam" - Norway: Skrikcode: no is deprecated , bahasa Inggeris: The Screamcode: en is deprecated ) ialah sebuah lukisan minyak karya Edvard Munch, seorang pelukis kelahiran Norway. Ia dikenali kerana gambaran keresahan manusia moden yang begitu menonjol dalam gaya seninya ini, sehingga ia menjadi antara karya lukisan paling banyak ditiru dan dirujuk dalam sejarah seni lukisan moden.

Munch mendapat inspirasi daripada berjalan-jalan pada waktu senja di suatu fiord yang terlihat pemandangan kota Oslo. Beliau menghasilkan sebanyak empat versi karya ini dalam bentuk cat, pastel, malah juga sebuah litograf batu.

Ia kini dipamerkan di Galeri Negara Norway dan Muzium Munch.

Pautan luar

  • Munch and The Scream – Program radio yang membincangkan karya ini dalam siri In Our Time BBC Radio 4.
  • The Scream – Google Arts and Culture