Felda Sahabat

Felda Sahabat adalah salah satu Felda yang terletak di Negeri Sabah.

Felda Sahabat
Mukim
Kompleks Felda Sahabat
Kompleks Felda Sahabat
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau
DaerahLahad Datu
Pentadbiran
 • BadanPejabat Daerah Kecil Tungku
 • DUNAssaffal @ Samsul Kamal P. Alian (WARISAN) (Tungku)
Zon waktuMST
Kawasan KejirananTambisan dan Tungku

Sejarah Felda Sahabat Lahad Datu

FELDA mula memajukan tanah pada pertengahan tahun 1979 berdasarkan kelulusan Kerajaan Negeri melalui Warta Kerajaan Negeri Sabah No. 148 dan 223. Sehingga tahun 2000, FELDA telah membuka tanah seluas 124,389 hektar yang mana 98% adalah kawasan perladangan terutama tanaman sawit dan 2% adalah kawasan penempatan dan Bandar. Lebihan kawasan tidak dapat dimajukan oleh pihak FELDA atas sebab kesesuaian kawasan serta pengambilan balik oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Geografi

Kawasan yang telah dimajukan oleh FELDA hanya ditumpukan di kawasan Pantai Timur Sabah. Jarak jauh Kompleks Sahabat, ialah 100 kilometer daripada pekan Lahad Datu manakala Kompleks Umas ialah 76 kilometer daripada bandar Tawau.

Keluasan bagi Felda Sahabat ialah Ladang 105,053 (Hek) dan Penempatan/Bandar 1707 (Hek), jumlah keseluruhan 106,760 (Hek). Tidak termasuk kawasan yang terlebih buka dan yang diduduki penduduk kampung.

Masjid Bandar Sahabat

Lokasi Felda Sahabat terletak di kawasan Timur Lahad Datu dalan Daerah Kecil Tungku, bersempadan dengan Mukim Tambisan timur laut, Mukim Tanjung Labian di Tenggara, Mukim Tungku di barat daya dan Mukim Tomanggong di barat lautnya.

Keluasan Mukim Felda adalah merangkumi keseluruhan keluasan kawasan Gugusan Wilayah Felda Sahabat yang berkeluasan seluas 106,760 (Hek). Yang terbahagi kepada beberapa buah penempatan dan kilang juga ladang seperti Anjung Teduh, Baiduri Ayu, Cenderawasih, Desa Kencana, Embara Budi, Fajar Harapan, Gemala Pura, Hamparan Badai, Indera Sakti, Jeragan Bestari, Kembara Sakti, Lancang Kemudi, Mercu Puspita, Nilam Permata.

Di Mukim Felda Sahabat terdapat bermacam-macam suku kaum antaranya ialah etnik Bajau, Melayu, Tidung, Idahan, Bugis dan sebagainya. yang bekerja sebagai peneroka dan pegawai di Felda Sahabat.

Jarak antara Bandar Lahad Datu ke Bandar Sahabat adalah lebih kurang 100km sahaja manakala ke Bandar Cenderawasih pula sejauh 90km.


Kemudahan Awam

Sekolah Kebangsaan Sahabat 16

Sekolah

  1. Sekolah Kebangsaan Cenderawasih
  2. Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan
  3. Sekolah Kebangsaan Sahabat II
  4. Sekolah Kebangsaan Sahabat 4
  5. Sekolah Kebangsaan Sahabat 16
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana

Masjid/Surau

  • Masjid Jamek Al-Ubudiah Desa Kencana ( Kampung Desa Kencana )
  • Masjid At-taubah ( Kampung Baiduri Ayu )[1]

Kampung Di Felda Sahabat

  1. Kampung Anjung Teduh
  2. Kampung Baiduri Ayu
  3. Bandar Cenderawasih
  4. Kampung Desa Kencana
  5. Embara Budi
  6. Fajar Harapan
  7. Gemala Pura
  8. Hamparan Badai
  9. Indera Sakti
  10. Jeragan Bestari
  11. Kembara Sakti
  12. Lancang Kemudi
  13. Mercu Puspita
  14. Nilam Permata
  • l
  • b
  • s
Peristiwa
Kumpulan etnik
Bajau Bugis Cina Idahan Iranun Jawa Melayu Orang Cocos Orang Sungai (Bagahak, Orang Sungai, Subpan) Suluk • Tidong
Mukim
Bandar Dam Felda Sahabat • Segama Silabukan Silam Tambisan Tungku
Sub-Mukim
Bakapit • Mukim Fajar • Mukim Pulau Sakar • Sapagaya • Mukim Sabahan Sandau Tabanak Tanjung Labian Tengah Nipah Ulu Segama • Ulu Tungku
Daerah Kecil
Bandar dan Pekan
Bandar Lahad Datu (ibu daerah) • Bandar Sabahat • Bandar Cenderawasih
Kawasan Parlimen
Dewan Undangan Negeri
Segama • Silam • Tungku
Pulau
Pulau Baik • Pulau Buang Diri • Pulau Emas • Pulau Evans • Pulau Batik Giam • Pulau Giong • Pulau Kalungan • Pulau Kalung Kalungan • Pulau Keramat Giung • Pulau Kulungan Kecil • Pulau Laila • Pulau Lumpur • Pulau Malampayau • Pulau Malampayau Anak • Pulau Nunuk • Pulau Pababag Pulau Pababag Besar • Pulau Pak Karim • Pulau Pak Usop • Pulau Parapat • Pulau Pok-Pok • Pulau Saddle • Pulau Saga Pulau Sakar • Pulau Silumpat • Pulau Tabawan Pulau Tabun Pulau Tambisan
Tanjung dan Semenanjung
Semenanjung Dent Semenanjung Darvel • Tanjung Tumunung Hallu • Tanjung Unsung • Tanjung Labian
Teluk
Teluk Darvel • Teluk Tambak
Sungai
Sungai Bole • Sungai Danum • Sungai Dewata • Sungai Kawag Sungai Lawag Gibong • Sungai Sapagaya • Sungai Segama Sungai Segangan • Sungai Silabukan • Sungai Telisai • Sungai Taliwas • Sungai Tungku