Gallicolumba

Gallicolumba
Punai jantung berdarah Luzon, Gallicolumba luzonica
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Subkeluarga: Columbinae
Genus: Gallicolumba
Heck, 1849[1]
Diversiti
7 spesies hidup
Sinonim

Phlegoenas Reichenbach, 1852

Gallicolumba (Punai jantung berdarah) adalah satu genus bersaiz sederhana punai dalam keluarga Columbidae yang mencari makan di atas tanah dan hidup dalam hutan hutan di Filipina, Indonesia, dan kawasan Pasifik. Ia tiada kaitan dengan punai tanah Amerika (genus Columbina). Malahan, genus ini merupakan saudara dekat bagi merpati tanah paruh tebal.

Genus ini termasuk punai jantung berdarah yang diketahui berasal daripada Filipina. Ia dinamakan bersempena dengan tompokan berwarna merah terang di dadanya, yang mana kelihatan seolah-olah seperti satu kecederaan berdarah pada beberapa spesies dan memberi ingatan kepada pencinta alam sekitar akan bahaya tikaman pisau. Diet makanan bagi punai jenis ini terdiri daripada bijiran dan buah-buahan.

Sistematik dan kepupusan

Gallicolumba mungkin dikelaskan sebagai sub-keluarga paling kecil, tetapi data-data yang ada mencadangkan bahawa mereka adalah warisan radiasi basal bagi Columbidae yang mana mempunyai banyak warisan kecil dan kadang kala pelik (seperti Goura dan Otidiphaps yang mana secara ekologinya mencapah ke arah Galliformes, dan mungkin didine (Raphinae) yang terkenal.

Spesies

  • Punai jantung berdarah Luzon, Gallicolumba luzonica
    • Punai jantung berdarah Catanduan, Gallicolumba luzonica rubiventris - kemungkinan pupus (akhir kurun ke-20?)
  • Punai jantung berdarah Mindanao, Gallicolumba crinigera
    • Punai jantung berdarah Basilan, Gallicolumba crinigera bartletti - kemungkinan pupus (pertengahan kurun ke--20?)
  • Punai jantung berdarah Mindoro, Gallicolumba platenae
  • Punai jantung berdarah Negros, Gallicolumba keayi
  • Punai jantung berdarah Sulu, Gallicolumba menagei - kemungkinan pupus (akhir tahun 1990-an?)
  • Punai tanah Cinnamon, Gallicolumba rufigula
  • Punai tanah Sulawesi, Gallicolumba tristigmata

Banyak punai tanah Pasifik telah dikeluarkan daripada genus Gallicolumba (yang mana bukan-monopiletik) dan disusun semula ke genus Alopecoenas:[2]

Rujukan

  1. ^ Johann Georg Heck: Bilder-Atlas zum Conversations-Lexikon. Verlag Leipzig, Brockhaus, 1849.
  2. ^ [1] Jønsson, Irestedt, Bowie, Christidis & Fjeldså (2011). Systematics and biogeography of Indo-Pacific ground-doves
  • Gibbs, David; Barnes, Eustace & Cox, John (2001): Pigeons and Doves. Pica Press, The Banks, ISBN 1-873403-60-7
  • Steadman, David William (2006): Extinction and Biogeography of Tropical Pacific Birds. University of Chicago Press. ISBN 0-226-77142-3
  • del Hoyo, J.; Elliot, A. & Sargatal, J. (editors). (1997). Handbook of the Birds of the World. Volume 4: Sandgrouse to Cuckoos. Lynx Edicions. ISBN 84-87334-22-9

Pautan luar

Kategori berkenaan Gallicolumba di Wikimedia Commons Data berkenaan Gallicolumba di Wikispesies

Pengenalpastian takson