Jiaolong

Jiaolong (Cina ringkas: 蛟龙code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 蛟龍code: zh is deprecated ; pinyin: jiāolóng; Wade-Giles: chiao-lung) atau jiao ialah seekor naga air yang berbilang makna dalam mitos Cina. Edward H. Schafer menghuraikan makhluk jiao seperti berikut:

Secara batin seakan-akan buaya, dan mungkin pada pokoknya haiwan reptilia yang sama, seekor makhluk misteri yang mampu bertukar kepada beraneka bentuk iaitu chiao (kău). Selalunya dianggap sebagai sejenis lung – "naga" dalam bahasa kita, tetapi kadang-kadang seakan manusia, dan kadang-kadang sekadar ikan. (1967:217-8)


Nama

Aksara "jiao"

Dalam pengelasan aksara Cina tradsonal, jiao 蛟 merupakan aksara "radikal-fonetik" atau "fono-semantik" yang menggabungkan "radikal serangga" 虫 dengan fonetik jiao 交 "silang; campur; bergaul; mengawan; bertukar". Radikal 虫 sering digunakan dalam aksara-aksara yang memaksudkan serangga, ulat dan reptilia, dan sekali-sekala naga (cth., shen 蜃 dan hong 虹).

Dalam tulisan Jepun, aksara kanji 蛟 boleh disebut mizuchi "naga sungai Jepun" secara kun'yomi, atau secara on'yomi (cth., kōryō 蛟竜 "naga banjir: bakat terpendam" dari jiaolong).

Lukisan Jiao 蛟 dari Gujin Tushu Jicheng (1725)

Rujukan


Pautan luar

  • Entri 蛟, Chinese Etymology
  • Air Terjun Naga Banjir Diarkibkan 2011-10-05 di Wayback Machine, Kawasan Pemandangan Kebangsaan Alishan


  • l
  • b
  • s