Karl Julius Perleb

Karl Julius Perleb (1794-1845) (juga dikenali sebagai Carl Julius Perleb) ialah seorang ahli botani dan ahli sains semula jadi Jerman.

Dari tahun 1809 hiigga 1811, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Freiburg dan memperolehi doktor dalam bidang falsafah dan pada tahun 1815, beliau memperolehi doktor dalam bidang perubatan. Beliau kemudiannya menetap di Vienna. Dalam tahun 1818, beliau kembali ke Universiti Freiburg, dan melanjutkan sesi pengajian kedoktoran lanjutan dengan bantuan biasiswa. Beliau telah menetap/ tinggal di universiti berkenaan sehingga habis kariernya. Beliau menjadi Profesor madya dalam bidang pengkhususan sejarah semula jadi dalam tahun 1821, dan pada tahun 1823 beliau menjadi profssor. Dalam tahun 1826 beliau telah dilantik menjadi Pengarah Taman Botanikal Freiburg. Dalam tahun 1838 beliau menjadi Pengarah Universiti Freiburg.

Beliau merupakan editor dan penulis bagi beberapa buku terbitan saintifik dan sahabat sejarawan Freiburg Heinrich Schreiber.

Singkatan nama pengarang piawai Perleb digunakan untuk menunjukkan individu ini sebagai pengarang apabila mengutip nama botani.[1]

Rujukan

  1. ^ "Author Query". International Plant Names Index.
Persondata
Nama Perleb, Karl Julius
Nama alternatif Perleb, Carl Julius
Pemerihalan ringkas German botanist and natural scientist
Tarikh kelahiran 1794
Tempat kelahiran
Tarikh kematian 1845
Tempat kematian