Kiub-V 6

Kiub-V 6 yang telah dicampurkan.

Kiub-V 6 ialah Kiub Rubik berdimensi 6x6x6. Kiub tersebut terdiri daripada 1 teras dan 152 bahagian yang dicantumkan dengan teras, iaitu 8 bucu, 48 tepi dan 96 pusat.

Seperti Dendam Rubik, Kiub-V 6 tidak mempunyai bahagian pusat yang tetap; bahagian-bahagian pusat dibenarkan untuk menukar kedudukannya.

Kiub-V 6 dapat diselesaikan dengan cara yang sama seperti Kiub Rubik, asalkan semua bahagian tengah berada dalam kedudukan yang betul dan bahagian-bahagian tepi telah dicantumkan.

Sejarah

Kiub-V 6 dicipta oleh Panagiotis Verdes, seorang pencipta mainan teka-teki mekanik dari Yunani, dan dihasilkan oleh syarikatnya sendiri, Inovasi Verdes SA. Kiub-V 6 mendapat namanya daripada nama Panagiotis Verdes dan bentuk serta dimensi kiub tersebut. Panagiotis Verdes juga menghasilkan Kiub-V 6b, sebuah versi Kiub-V 6 yang berbentuk "bantal", sama seperti Kiub-V 7.

Rekod dunia

Rekod dunia bagi masa penyelesaian terpantas dimiliki oleh Max Park dari Amerika Syarikat dengan masa 1 minit, 13.82 saat di pertandingan Kejohanan Asia PKD 2018.[1]

Rekod dunia bagi purata masa daripada 3 penyelesaian terpantas juga dimiliki oleh Max Park dari Amerika Syarikat dengan purata masa 1 minit 17.10 saat juga di Kejohanan Asia PKD 2018.[2]

Lihat juga

Mainan teka-teki mekanik berkubus lain:

  • Kiub Poket (2x2x2)
  • Kiub Rubik (3x3x3)
  • Dendam Rubik (4x4x4)
  • Kiub Profesor (5x5x5)
  • Kiub-V 7 (7x7x7)

Mainan teka-teki mekanik menggunakan mekanik berbeza yang lain:

  • Segi empat-1
  • Skewb
  • Piraminks
  • Megaminks

Nota

  1. ^ https://www.worldcubeassociation.org/results/rankings/666/single
  2. ^ https://www.worldcubeassociation.org/results/rankings/666/average