Kokpit kaca

Kokpit kaca Airbus A380 menunjukkan "kekunci penarik dan 2 skrin lebar komputer dikedua-dua belah sisi juruterbang"[1].
Kokpit Boeing 747-200 tanpa paparan-paparan elektronik.
Pada 2000, semasa misi STS-101 Kapal Angkasa Bolak Balik Atlantis merupakan kapal bolak balik pertama yang terbang dengan menggunakan kokpit kaca.

Kokpit kaca merupakan kokpit pesawat yang memiliki paparan peralatan elektronik. Sementara kokpit tradisional bergantung pada tolok-tolok mekanikal bagi memaparkan maklumat, kokpit kaca pula menggunakan beberapa paparan berkomputer yang boleh diubah bagi memaparkan maklumat-maklumat penerbangan sekiranya perlu. Ia memudahkan operasi dan navigasi pesawat dan membolehkan juruterbang untuk memfokuskan perhatian pada maklumat-maklumat yang lebih penting. Kokpit kaca juga popular kepada syarikat penerbangan awam kerana penggunaannya telah menghapuskan keperluan untuk membawa jurutera penerbangan semasa penerbangan.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, teknologi kokpit kaca juga telah digunakan pada pesawat-pesawat kecil.

Lihat juga

  • Sistem paparan kokpit
  • Paparan Pandang Ke atas (HUD)

Rujukan

  1. ^ "Lawatan A380 ke Australia pada November 2005". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16. Dicapai pada 2009-01-09.
  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Tentera udara · Senjata pesawat · Peluru berpandu · Pesawat udara tanpa pemandu (UAV) · Pesawat uji kaji
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan