Langgar

Langgar
Pekan
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Langgar
Bendera
Mohor rasmi Langgar
Mohor
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:
Negaraku
CountryMalaysia Malaysia
Wilayah/Provinsi Kedah Kedah
PekanLanggar
Penduduk
 ((1991))
 • Jumlah629
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT


Pekan Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang. Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.

Sultan Abdullah Muadzam Shah (Sultan Kedah ke 17) telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar (Makam Diraja Langgar). Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar. Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pekan Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulam yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.

Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera.

Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah:

1 - Pondok Tuan Haji Mohammad Nor (lebih dikenali sebagai Pondok Tasak)

2 - Pondok Tuan Haji Ahmad Tua

3 - Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut

4 - Pondok Sheikh Abdullah Mesir


Penduduknya terdiri dari berbilang kaum dengan 99% adalah berketurunan Melayu Islam.

Pautan luar

  • Peta Langgar
  • l
  • b
  • s
Bandar Utama
Bandar Membangun
Bandar Baru
Pekan / Mukim
Alor Janggus Alor Mengkudu Alor Tajar Bedong Bukit Selambau Guar Chempedak Jabi • Jeniang Jerai Kepala Batas Kodiang Kota Sarang Semut Kuah Kuala Kedah Kupang Langgar • Lunas Merbok Mahang Naka Nami Padang Serai Relau Serdang Tanjung Dawai Tokai Tualang
Pulau
Sungai
Gunung
Tasik
Gua
PBT
Zon Khas
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P004 Langkawi
N01 Ayer Hangat
N02 Kuah

P005 Jerlun
N03 Kota Siputeh
N04 Ayer Hitam

P006 Kubang Pasu
N05 Bukit Kayu Hitam
N06 Jitra

P007 Padang Terap
N07 Kuala Nerang
N08 Pedu

P008 Pokok Sena
N09 Bukit Lada
N10 Bukit Pinang
N11 Derga

P009 Alor Setar
N12 Suka Menanti
N13 Kota Darul Aman
N14 Alor Mengkudu

P010 Kuala Kedah
N15 Anak Bukit
N16 Kubang Rotan
N17 Pengkalan Kundor

P011 Pendang
N18 Tokai
N19 Sungai Tiang

P012 Jerai
N20 Sungai Limau
N21 Guar Chempedak
N22 Gurun

P013 Sik
N23 Belantek
N24 Jeneri

P014 Merbok
N25 Bukit Selambau
N26 Tanjong Dawai

P015 Sungai Petani
N27 Pantai Merdeka
N28 Bakar Arang
N29 Sidam

P016 Baling
N30 Bayu
N31 Kupang
N32 Kuala Ketil

P017 Padang Serai
N33 Merbau Pulas
N34 Lunas

P018 Kulim-Bandar Baharu
N35 Kulim
N36 Bandar Baharu


Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
  1. ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.