Nambaryn Enkhbayar

Nambaryn Enkhbayar
Presiden Mongolia ke-14
Penjawat kini
Memegang jawatan
24 Jun 2005
Didahului olehNatsagiyn Bagabandi
Butiran peribadi
Lahir1 Jun 1958
Ulaanbaatar, Mongolia
Parti politikParti Revolusi Rakyat Mongolia

Nambaryn Enkhbayar (Bahasa Mongolia: Намбарын Энхбаяр) (lahir 1 Jun, 1958, di Ulaanbaatar) ialah Presiden Mongolia. Mongolia ialah negara berparlimen yang mana jawatan presiden mempunyai peranan yang simbolik.

Enkhbayar ialah bekas pengerusi kepada sebuah parti komunis yang kini telah dibubarkan iaitu Parti Revolusi Rakyat Mongolia. Enkhbayar ialah Perdana Menteri Mongolia dari tahun 2000 sehingga 2004 dan Yang DiPertua Parlimen di antara tahun 2004 dan 2005. Dia menamatkan pengajian di Institut Kesusasteraan Moscow pada tahun 1980 dan juga menghadiri kursus Bahasa Inggeris di Universiti Leeds di England pada tahun 90-an.Dia bekerja dengan Kesatuan Penulis Mongolia sebagai penyunting penterjemahan, setiausaha agung dan naib presiden di antara tahun 1980 hingga tahun 1990. Dia mentejemahkan ajaran Buddha kepada bahasa Mongolia. Enkhbayar dipilih sebagai ahli Parlimen Mongolia pada tahun 1992 dan berkhidmat sebagai Menteri Kebudayaan dari tahun 1992 sehingga tahun 1996. Pada tahun 1997, dia menjadi ketua Parti Revolusi Rakyat Mongolia yang disertainya pada tahun 1985. Dia mengetuai parti itu untuk memenangi pilihan raya pada tahun 2000. Pada 26 Julai 2000, dia sebulat suara dilantik sebagai perdana menteri.

Dia berkhidma sebagai Perdana Menteri di antara tahun 2000 dan 2004. Enkhbayar sering dikritik kerana dakwaan wujudnya penyelewengan politik dalam kerajaannya. Sebuah kumpulan besar rakyat Mongolia juga pernah berdemonstrasi dan menuntut supaya beliau meletak jawatan. [1], [2], [3] Semasa berkhidmat sebagai Perdana Menteri Mongolia, Enkhbayar melangsaikan hutang negaranya sebanyak USD 250 juta.

Semasa pilihan raya presiden pada 22 Mei 2005, Enkhbayar dilantik untuk menggantikan Natsagiyn Bagabandi dengan mendapat 53.4 peratus undian. Pesaing utamanya, Mendsaikhan Enkhsaikhan daripada Parti Demokratik Mongolia, mendapat 20 peratus undian.

Rujukan

  • ^1. Moscow Times "Mongolian Corruption Protests Draw 2,000" Hundreds of people gathered in Ulan Bator's vast central square at noon local time and roared their approval as protest leaders called out for the resignation of President Nambaryn Enkhbayar, who they called "the father of corruption." news by Associated Press, 2006/01/17
  • ^2. The St.Petersburg Times "Mongolians Call For Reform", news by Associated Press, 2006/1/17
  • ^3. The Star Ivanhoe beset in Mongolia protest "About 3,000 protestors clashed with police yesterday, demanding that Mongolian President Nambaryn Enkhbayar and other officials resign in a dispute over a contract with a Canadian firm to mine a huge copper deposit.", news by Associated Press, 2006/4/6
  • ^4.'National leader's desperate trick', D.Gankhuyag, published in Political Newspaper and Tsahimurtuu - oldest website and webforum of Mongolians worldwide - in Mongolian language.
  • ^5. Kasyanov's profile in Mosnews Diarkibkan 2006-11-13 di Wayback Machine
  • ^6.'We are extremely pleased with such a convincing win,' Enkhbayar's campaign adviser Tjalling Halbertsma told Agence France-Presse, Forbes, 2005/5/23
  • ^7.UNDP Mongolia project 'Institutional Capacity Development of the Office of the President of Mongolia'

Pautan luar


Didahului oleh
Natsagiyn Bagabandi
Presiden Mongolia
June 24, 2005 – kini
Pemegang jawatan kini
  • l
  • b
  • s
Zaman Khanat (1911–1924)
  • Namnansüren
  • Badamdorj
  • Damdinbazar
  • S. Tserendorj
  • Bodoo
  • Damdinbazar
  • B. Tserendorj
Zaman Republik Rakyat (1924–1992)
  • B. Tserendorj
  • Amar
  • Jigjidjav
  • Genden
  • Amar
  • Choibalsan
  • Tsedenbal
  • Batmönkh
  • Sodnom
  • Gungaadorj
  • Byambasüren
Zaman Republik (sejak 1992)
  • Jasrai
  • Enkhsaikhan
  • Elbegdorj
  • Narantsatsralt
  • Tuyaa (pemangku)
  • Amarjargal
  • Enkhbayar
  • Elbegdorj
  • Enkhbold
  • Bayar
  • Batbold
  • Altankhuyag
  • Terbishdagva (pemangku)
  • Saikhanbileg
  • Erdenebat
  • Khürelsükh
  • l
  • b
  • s
Republik Rakyat
(1924–1992)
  • Jadambaa
  • Genden
  • Damdinsüren
  • Choibalsan
  • Laagan
  • Amar
  • Dogsom
  • vacant (1939–40)
  • Bumtsend
  • Yanjmaa
  • Sambuu
  • Dügersüren
  • Luvsan
  • Tsedenbal
  • Jagvaral
  • Batmönkh
  • Ochirbat
Republik
(sejak 1992)
Nama penjawat memangku dicondongkan