Novel visual

Sebahagian daripada siri
Sim temu janji dan
novel-novel visual
Pengedaran
AnimePlay
Dojin soft
Genre
Sim temu janji
Eroge
Novel visual
Sasaran jantina
Bishōjo (permainan video)
Otome (permainan video)

Novel visual (Jepun: ビジュアルノベル, Hepburn: bijuaru noberu, Jawi: نوۏيل ۏيسوالcode: ms is deprecated ) merupakan sejenis permainan video cereka interaktif yang terdiri daripada beberapa gambar-gambar grafik statik, seringkali berkait rapat dengan seni seakan anime. Novel visual sebenarnya berupa novel bercampur media. Permainan video dalam genre ini dirujuk juga sebagai sim temu janji (dating sim) di Barat, disebabkan novel visual dikelaskan sebagai sub-genre kepada permainan video pengembaraan (adventure games) dan bukan permainan video simulasi (simulation games). Ini telah mengakibatkan kekeliruan dengan genre lain yang dikenali sebagai sim temu janji yang berkongsi format yang hampir sama dengan novel-novel visual, namun corak permainannya berdasarkan statistik.

Dalam budaya Jepun, suatu kelainan sering dibuat antara novel visual benar (singkatannya 'NVL') dan permainan video pengembaraan (singkatannya 'AVG' atau 'ADV'): kelainan utamanya terletak pada unsur persembahan teks-teks sesuatu judul itu yang melapisi imej-imej dalam novel visual, dan dilindungi sebuah kotak di bahagian bawah skrin. Kelainan ini selalunya tidak diikuti dalam permainan Inggeris yang mana permainan video pengembaraan ialah genre yang jauh berlainan.

Novel-novel visual dan ADV mempunyai keterkenalan yang luas terutamanya di Jepun di mana hampir 70% permainan komputer tergolong dalam genre ini. Judul-judul yang dikeluarkan jarang mendapat keluaran untuk sistem konsol tetapi judul-judul yang lebih terkenal seringkali mendapat kedudukan di konsol seperti Sega Dreamcast atau PlayStation 2. Pasaran untuk judul-judul novel visual tidak mendapat sambutan di luar Jepun.

Contoh permainan novel visual yang biasa. Gambar ini menunjukkan Aeka Shiraki dalam siri novel visual Jepun Yume Miru Kusuri yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Kaedah Permainan

Novel visual berbeza daripada genre-genre lain oleh kaedah permainannya yang singkat. Secara lazimnya para pemain hanya akan menekan butang pada tetikus mereka sembil membaca dialog ataupun teks-teks yang terpapar di skrin komputer, ataupun melihat bahan grafik latar belakang ataupun perubahan muzik dan bunyinya.

Kebanyakan novel visual mempunyai beberapa jalan cerita dan beberapa pengakhiran; ini adalah ditentukan para pemain sendiri apabila mereka diberi pilihan untuk menentukan arah jalan cerita tersebut. Jenis permainan sebegini pernah dibandingkan dengan buku-buku pengembaraan yang mana pembaca menentukan pilihan untuk menggerakkan jalan cerita buku tersebut. Kebanyakan peminat menikmati kaedah permainan seperti ini atas sebab teknik penceritaan yang menarik walaupun faktor ini selalu dikritik.

Sesetengah novel visual bukan setakat "mengklik butang tetikus" sahaja, tetapi merangkumi aspek interaksi yang berbeza, contohnya seperti Symphonic Rain yang mana para pemain diminta untuk memainkan sejenis alat muzik dan mendapat markah yang baik untuk meneruskan permainan. Aktiviti sebegini selalunya berhubung dengan pakatan jalan cerita permainan komputer tersebut, dan perlu dilakukan demi meneruskan permainan.

Sesetengah judul pendek tidak mempunyai perhentian pilihan sama sekali. Kebanyakan judul dalam kes ini tergolong daripada ciptaan peminat. Permainan komputer novel ciptaan peminat sebenarnya agak terkenal; terdapat beberapa enjin-enjin permainan video dan alat pembinaan khas untuk ciptaan yang lebih mudah, antaranya NScripter, KiriKiri dan Ren'Py[1].

Kebanyakan novel-novel visual menggunakan pelakon-pelakon suara latar untuk melakonkan watak-watak dalam permainan komputer mereka. Kadangkala watak protagonis tidak bersuara walaupun watak-watak lain mempunyai alihan suara.

Lihat juga

  • Bishōjo (permainan video)
  • Sim temu janji
  • Eroge
  • Senarai permainan video berdasarkan anime atau manga

Pautan luar

  • (Inggeris) VisualNews - Sumber berita tentang terjemahan novel-novel visual
  • (Inggeris) Visual-Novels.net - Laman sesawang tentang keluaran novel-novel visual terbaru di Jepun
  • (Inggeris) Terjemahan peminat-peminat novel visual[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Genre permainan video
  • Senarai genre permainan video
  • Senarai permainan video mengikut genre
Aksi
  • Permainan video bertumbuk
    • hack and slash
  • Pertempuran
  • Pagar sesat
    • klon Pac-Man
  • Platform
    • pelari tanpa henti
  • Penembak
    • orang pertama
    • orang ketiga
    • Senjata menembak
    • shoot 'em up
    • arena
    • wira
    • taktikal
  • Kemandirian
    • battle royale
Aksi-pengembaraan
  • Klon Grand Theft Auto
  • Simulasi mengasyikkan
  • Metroidvania
  • Selinap
  • Seram
Pengembaraan
  • Escape the room
  • Fiksyen interaktif
  • Filem interaktif
  • Novel visual
MMO
Berperanan
Simulasi
  • Pembinaan dan pengurusan
    • perniagaan
    • bangunan bandar
    • kerajaan
  • Falling sand
  • Simulasi kehidupan
  • Sukan
    • Berbilang sukan
Strategi
  • 4X
  • Pejuang auto
  • Arena pertempuran dalam talian berbilang pemain
  • Strategi masa sebenar
    • pengurusan masa
  • Taktik masa sebenar
  • Pertahanan menara
  • Strategi berasaskan giliran
  • Taktik berasaskan giliran
    • artileri
  • Perang
    • permainan strategi besar
Simulasi kenderaan
  • Simulasi penerbangan
    • amatur
    • pertempuran
    • ruang angkasa
  • Perlumbaan
    • lumba kart
    • sim perlumbaan
  • Simulasi kapal selam
  • Simulasi kereta api
  • Pertempuran kenderaan
Genre lain
Konsep berkaitan
  • Permainan AAA
  • Pengiklanan
    • advergame
  • Permainan arked
  • Permainan seni
  • Permainan audio
  • Permainan kasual
  • Permainan Kristian
  • Permainan pindah silang
  • Permainan pendidikan
  • FMV
  • Gamifikasi
  • Permainan indie
  • Permainan video berbilang pemain
  • Permainan bukan linear
  • Permainan video tanpa kekerasan
  • Permainan dalam talian
    • Permainan pelayar web
    • perjudian dalam talian
    • permainan media sosial
  • Permainan video merata
  • Permainan serius
  • Toys-to-life
  • Permainan sentak
  • Permainan realiti maya
  • Klon permainan video
  • Permainan co-op