Paladin

Paladin merupakan gelaran diberikan kepada kesateria-kesateria pendamping Raja Charlemagne yang diceritakan dalam sajak-sajak besar panjang didendangkan di Perancis pada zaman Pertengahan.[1] Mereka diceritakan mempunyai semangat kepahlawanan dan kesateriaan Kristian yang dilihat mampu menandingi orang-orang Islam (Saracen) yang tiba meluaskan kuasa mereka di benua Eropah pada ketika itu; lagi-lagi semasa zaman Bani Umaiyah menjejakkan kaki ke tanah Gaul.

Gelaran ini dalam konteks moden pula lebih ditumpukan dalam genre fantasi moden Barat kepada sebarang kesateria berperwatakan baik secara umumnya.

Lihat juga

  • Knights of The Round Table - kanun sastera riwayatan lagenda Raja Arthur dan para kesaterianya yang wujud dalam Great Britain dan Bretagne yang setaraf

Rujukan

  1. ^ "Paladin". From the Oxford English Dictionary. Retrieved November 23, 2008.