Pantherophis guttatus

Pantherophis guttatus
Status pemuliharaan

Kurang membimbangkan  (IUCN 3.1)
Pengelasan saintifik
Alam:
Animalia
Filum:
Chordata
Kelas:
Reptilia
Subkelas:
Lepidosauria
Order:
Squamata
Suborder:
Serpentes
Keluarga:
Colubridae
Tribus:
Lampropeltini
Genus:
Pantherophis
Spesies:
P. guttatus
Nama binomial
Pantherophis guttatus
(Linnaeus, 1766)
Sinonim

Coluber guttatus
Linnaeus,1766 Elaphe guttata
(Linnaeus, 1766)

Ular jagung (bahasa Inggeris: cornsnakecode: en is deprecated , Pantherophis guttatus) atau ular tikus merah [1]merupakan spesies ular tikus Amerika Utara yang menumpaskan mangsa kecil dengan menjerut. Jolokan "ular jagung" berasal dari zaman dahulu apabila kaum petani di selatan Amerika Syarikat menyimpan bulir jagung dalam bekas binaan kayu. Tikus memasuki bekas itu untuk memakan jagung, dan ular jagung datang untuk memakan tikus.[2]

Ular jagung ditemui di seluruh rantau tenggara dan tengah Amerika Syarikat. Sifatnya yang jinak dan malu hendak mematuk, kepanjangan dewasa yang sederhana pada 3.9–6.0 kaki (1.2–1.8 m), coraknya yang menarik, dan penjagaan yang agak mudah menjadikan ular jagung sebagai haiwan belaan sukaramai. Di alam liar, ular jagung biasanya hidup selama sekitar 6–8 tahun, tetapi dalam kurungan ia mampu hidup mencecah umur 23 tahun.[3]

Rujukan

  1. ^ Biak baka ular terbaik, Oleh BASIR ABU BAKAR
  2. ^ FLMNH - Eastern Corn Snake (Pantherophis guttatus)
  3. ^ Corn Snake Fact sheet