Pleiades

Pleiades
Bintang Tujuh
Imej warna komposit Pleiades dari Digitized Sky Survey
Credit: NASA/ESA/AURA/Caltech
Data pemerhatian (Epok J2000)
BurujTaurus
Jarak hamal03j 47m 24s[1]
Keserongan+24° 07′ 00″[1]
Jarak444 tc secara purata (136.2±1.2 pc[2][3][4][5])
Magnitud ketara (V)1.6[6]
Dimensi ketara (V)110' (arkaminit)[6]
Ciri-ciri fizikal
Gelaran lainM45,[1] Bintang Tujuh, Seven Sisters,[1] Melotte 22[1]
Lihat juga: Kelompok terbuka, Senarai kelompok terbuka

Dalam astronomi, Pleiades (disebut [pléi.a.dés] Jawi: ڤلياديسcode: ms is deprecated ) atau Bintang Tujuh (Jawi: بينتڠ توجوهcode: ms is deprecated , Objek Messier 45) ialah sebuah kelompok bintang terbuka di buruj Taurus. Ia merupakan kelompok bintang paling jelas dilihat dengan mata kasar, dan ia merupakan salah satu buruj yang terdekat dengan Bumi.

Kelompok tersebut didominasi oleh bintang-bintang biru panas yang terbentuk kurang dari 100 juta tahun yang lalu. Debu yang membentuk nebula pemantul di sekitar bintang-bintang terang awalnya dikira sebagai sisa-sisa pembentuknya (dari sini nama alternatif Nebula Maia diturunkan dari bintang Maia), namun sekarang diketahui bahwa nebula tersebut hanyalah awan debu medium antara najam yang kebetulan sedang dilintasi oleh kelompok ini. Kajian astronomi dilakukan terhadap buruj ini menganggarkan kelompok ini akan bertahan hingga sekitar 250 juta tahun lagi, setelah itu kelompok tersebut akan tercerai-berai disebabkan interaksi graviti dengan objek-objek berhampirannya.

Nama-nama dipakai

Pleiades yang merupakan nama saintifik diterima antarabangsa datangnya daripada nama Yunani: Πλειάδεςcode: el is deprecated iaitu anak-anak Pleione; seorang nimfa dalam mitologi Yunani.

Selain nama "Bintang Tujuh" yang paling lazim, namun terdapat juga nama setempat Melayu lain diberikan seperti Bintang Ketika, Bintang Puyuh dan Bintang Suraya (serapan Arab: الثرياcode: ar is deprecated ).[7]

Orang Jawa pula memanggil kelompok ini dalam bahasa mereka sebagai Lintang Wuluh (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦮꦸꦭꦸꦃ, "Bintang Buluh"), Lintang Puyuh (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦥꦸꦪꦸꦃ, "Bintang Puyuh", sama di atas) dan Lintang Yuyu (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦪꦸꦪꦸ, "Bintang Ketam").[7]

Bintang-bintang utama

Nama Pengenalan Magnitud ketara Pengelasan najam Jarak (dalam t.c)[8]
Alcyone Eta (25) Tauri 2.86 B7IIIe 7002409000000000000♠409±50
Atlas 27 Tauri 3.62 B8III 7002387000000000000♠387±26
Electra 17 Tauri 3.70 B6IIIe 7002375000000000000♠375±23
Maia 20 Tauri 3.86 B7III 7002344000000000000♠344±25
Merope 23 Tauri 4.17 B6IVev 7002344000000000000♠344±16
Taygeta 19 Tauri 4.29 B6V 7002364000000000000♠364±16
Pleione 28 (BU) Tauri 5.09 (var.) B8IVpe 7002422000000000000♠422±11
Celaeno 16 Tauri 5.44 B7IV 7002434000000000000♠434±10
Sterope, Asterope 21 & 22 Tauri 5.64;6.41 B8Ve/B9V 7002431100000000000♠431.1±7.5
HD 23753 5.44 B9Vn 7002420000000000000♠420±10
18 Tauri 5.66 B8V 7002444300000000000♠444.3±7.5

Penemuan moden

Galileo Galilei merupakan ahli falak pertama mengamati gugusan ini melalui teleskop, beliau melakarkan pemerhatiannya dalam suatu buku diterbitkannya berjudul Sidereus Nuncius pada Mac 1610.

Kepercayaan mengikut budaya

Gugusan ini dapat diperlihatkan dalam kedudukan Hemisfera Utara ketika musim sejuk sehingga sejauh pertengahan Hemisfera Selatan, hal ini ada dicerminkan dalam banyak budaya dalam rangkuman ini seluruh dunia.[9]

Mitologi Yunani

Gugusan bintang ini dipercayai datang dari kisah di mana Pleione dan anak-beranaknya dalam pelayaran namun menyedari mereka diekori Orion. Zeus rasa kasihan akan mereka lalu menukar mereka menjadi bintang[10] - hal ini juga merupakan kefahaman daripada kedudukan gugusan ini yang beredar mendahului buruj lambang Orion.

Mitologi Hindu

Dalam astrologi Hindu (Jyotisha), gugusan Kartika (Sanskrit: कृत्तिका, rumi: Kṛttikācode: sa is deprecated ) adalah salah satu dari Nákṣatra iaitu penanda penanggalan dalam takwim Hindu. Dalam mitologi Hindu, dikisahkan bahwa Dewa Kartikeya dibesarkan oleh enam saudari yang dikenal dengan sebutan Kartika, disebabkan itu nama Kartikeya diberikan, yang bererti "dia yang dari Kartika". Menurut cerita dalam Mahabharata, Kartikeya adalah anak kepada dewa Agni dan dewi Swaha, setelah Swaha mewujudkan dirinya menjadi enam dari tujuh isteri dari para Saptaresi (buruj biduk besar) dan melakukan hubungan badan dengan Agni. Para Saptaresi yang mendengarkan kejadian ini menjadi meragukan kesucian isteri-isteri mereka, lalu menceraikan mereka. Enam janda bersaudari ini pun kemudian dikenali sebagai Kartika.

Mitologi Jepun

Orang Jepun mengenali gugusan ini dengan nama Subaru (昴/すばるcode: ja is deprecated ) atau Mutsuraboshi (六連星code: ja is deprecated , "enam bintang"); ia pertama kali dicatatkan dalam dokumen Kojiki bertarikh abad ke-6 Masihi.[11]

Nusantara

Masyarakat Kedah mengamati gugusan ini untuk mengira piama musim yang penting dalam kerja persawahan dan kenelayanan suatu ketika dahulu.[12]

Kedua-dua orang Melayu dan Aceh berkongsi penceritaan mengenai sebutir bintang dari tujuh segugus yang dikatakan gugur menghilang sehinggakan diabadikan dalam suatu rangkap pantun:[13][14]

Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji ke Majapahit
Hilang sepuh nampak senam
Baru tahu tuan tak baik

Orang Aceh percaya kemunculan gugusan ini pada waktu sama dengan terbenamnya Matahari merupakan petanda cuaca buruk melanda lautan.[13]

Rujukan

  1. ^ a b c d e "Cl Melotte 22". SIMBAD. Centre de données astronomiques de Strasbourg.
  2. ^ Van Leeuwen, F. (2009). "Parallaxes and proper motions for 20 open clusters as based on the new Hipparcos catalogue". Astronomy and Astrophysics. 497 (1): 209–242. arXiv:0902.1039. Bibcode:2009A&A...497..209V. doi:10.1051/0004-6361/200811382.
  3. ^ Majaess, Daniel J.; Turner, David G.; Lane, David J.; Krajci, Tom (2011). "Deep Infrared ZAMS Fits to Benchmark Open Clusters Hosting delta Scuti Stars". Journal of the American Association of Variable Star Observers (Jaavso). 39 (2): 219. arXiv:1102.1705. Bibcode:2011JAVSO..39..219M.
  4. ^ Percival, S. M.; Salaris, M.; Groenewegen, M. A. T. (2005). "The distance to the Pleiades. Main sequence fitting in the near infrared". Astronomy and Astrophysics. 429 (3): 887–894. arXiv:astro-ph/0409362. Bibcode:2005A&A...429..887P. doi:10.1051/0004-6361:20041694.
  5. ^ Zwahlen, N.; North, P.; Debernardi, Y.; Eyer, L.; dll. (2004). "A purely geometric distance to the binary star Atlas, a member of the Pleiades". Astronomy and Astrophysics Letters. 425 (3): L45. arXiv:astro-ph/0408430. Bibcode:2004A&A...425L..45Z. doi:10.1051/0004-6361:200400062.
  6. ^ a b Messier 45
  7. ^ a b Nurul Fatini Jaafar (2016). "Kebudayaan Langit Pribumi Malayonesia". Kesturi. Akademi Sains Islam Malaysia. 26 (2). doi:10.13140/RG.2.2.24869.55520.
  8. ^ Templat:Cite DR2
  9. ^ D'Huy, Julien; Berezkin, Yuri. How Did the First Humans Perceive the Starry Night? On the Pleiades. The Retrospective Methods Network Newsletter 2017. m/s. 100-122.
  10. ^ The Pleiades in mythology, Pleiade Associates, Bristol, United Kingdom, accessed June 7, 2012
  11. ^ Andrews, Munya (2004). The Seven Sisters of the Pleiades: Stories from Around the World. North Melbourne, Victoria, Australia: Spinifex Press. m/s. 293. ISBN 978-1-876756-45-1.
  12. ^ Nurul Fatini Jaafar; Ahmad Hakimi Khairuddin (2021). "Folk Astronomy of the Northern West Coast of Peninsula Malaysia". Dalam Orchiston, Wayne; Vahia, Mayank N. (penyunting). Exploring the History of Southeast Asian Astronomy: A Review of Current Projects and Future Prospects and Possibilities (dalam bahasa Inggeris). Cham: Springer International Publishing. m/s. 529–547. ISBN 978-3-030-62777-5.
  13. ^ a b Hurgronje, C. Snouck (2019). Orang Aceh: Budaya, Masyarakat, dan Politik Kolonial. Yogyakarta: IRCiSoD. m/s. 540–542. ISBN 978-602-7696-86-0.
  14. ^ Faris Joraimi (Mei–Jun 2020). "On the Shores of a Starry Sea: Notes on Malay Astronomy". Passage. Lembaga Warisan Singapura: 18–19.CS1 maint: date format (link)
  • l
  • b
  • s
Senarai
  • M1
  • M2
  • M3
  • M4
  • M5
  • M6
  • M7
  • M8
  • M9
  • M10
  • M11
  • M12
  • M13
  • M14
  • M15
  • M16
  • M17
  • M18
  • M19
  • M20
  • M21
  • M22
  • M23
  • M24
  • M25
  • M26
  • M27
  • M28
  • M29
  • M30
  • M31
  • M32
  • M33
  • M34
  • M35
  • M36
  • M37
  • M38
  • M39
  • M40
  • M41
  • M42
  • M43
  • M44
  • M45
  • M46
  • M47
  • M48
  • M49
  • M50
  • M51
  • M52
  • M53
  • M54
  • M55
  • M56
  • M57
  • M58
  • M59
  • M60
  • M61
  • M62
  • M63
  • M64
  • M65
  • M66
  • M67
  • M68
  • M69
  • M70
  • M71
  • M72
  • M73
  • M74
  • M75
  • M76
  • M77
  • M78
  • M79
  • M80
  • M81
  • M82
  • M83
  • M84
  • M85
  • M86
  • M87
  • M88
  • M89
  • M90
  • M91
  • M92
  • M93
  • M94
  • M95
  • M96
  • M97
  • M98
  • M99
  • M100
  • M101
  • M102
  • M103
  • M104
  • M105
  • M106
  • M107
  • M108
  • M109
  • M110
Lihat juga
  • Katalog Caldwell
  • Katalog Nebula dan Kelompok Bintang
  • Katalog 400 Herschel
  • Katalog Indeks
  • Katalog Umum Baru
  • Semakan Baru Katalog Umum
  • Buku Wikipedia Book
  • Kategori Kategori
  • Laman Commons Commons
  • Portal Portal

Koordinat: Peta langit 03h 47m 24s, +24° 07′ 00″