Sandara Park

  • Penyanyi
  • pelakon
  • pengacara
EjenYG EntertainmentSaudaraThunder (adik)Kerjaya muzikGenre
  • K-pop
  • R&B
  • hip hop
InstrumenVokalTahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
  • Star Records
  • YG
Pengkarya berkait
2NE1
Laman sesawang
Laman web rasmiNama KoreaHangul박산다라code: ko is deprecated Perumian SemakanBak SandaraMcCune–ReischauerPak Santara Tandatangan

Sandara Park (Korea: 박산다라); lahir 12 November 1984[1]) atau lebih dikenali dengan nama pentas beliau, Dara (Korea: 다라), ialah seorang penyanyi, penari, pelakon, model dan pengacaraKorea Selatan.[2] Beliau meraih kejayaan di Filipina sebagai peserta pertandingan bakat Star Circle Quest pada 2004,[3] selepas beliau mencipta nama sebagai penyanyi dan pelakon di Filipina sebelum pulang ke Korea Selatan pada 2007.[4][5] Beliau membuat penampilan Korea Selatan pertamanya pada 2009 sebagai salah seorang ahli kumpulan K-pop, 2NE1, yang menjadi antara kumpulan wanita terlaris sepanjang zaman sebelum pembubaran mereka pada 2016.[6]

Park ialah salah seorang daripada selebriti Korea Selatan di Filipina, di mana beliau dikenali oleh peminat sebagai Pambansang Krung-Krung (Personaliti Kegilaan Kebangsaan).[7] Beliau telah dianggap sebagai individu berpengaruh dalam Gelombang Korea, dan telah diberi jolokan "BoA Filipina", merujuk kepada penyanyi Korea Selatan BoA yang juga meraih kejayaan di luar negara.[8]

Pada tahun 2004, Park menerbitkan EP pertamanya, Sandara, yang terjual sebanyak 100,000 salinan fizikal, menjadikannya satu-satunya album oleh artis Korea Selatan menerima pensijilan platinum oleh Persatuan Industri Rakaman Filipina. Beliau berlakon dalam beberapa filem Filipina antara 2004 dan 2007, termasuk Bcuz of U, di mana beliau memenangi Pelakon Wanita Baru Terbaik di Star Award for Movies ke-21.

Pada tahun 2009, Park muncul sebagai ahli kumpulan 2NE1 dengan single "Fire", yang menjadikan kumpulan itu meraih kemasyhuran.[9] Beliau juga melancarkan single Korea pertamanya, "Kiss", menampilkan ahli 2NE1 CL, pada 2009.[10] Tempoh rehat kumpulan itu pada 2014 mengizinkan Park menumpukan perhatian kepada kerjaya televisyennya,[9] mengacarakan bersama rancangan aneka Korea Selatan Two Yoo Project Sugar Man,[11] dan muncul sebagai juri rancangan pertandingan bakat Filipina Pinoy Boyband Superstar.[12] Beliau juga berlakon dalam beberapa siri web termasuk Dr. Ian (2016), di mana beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di festival web Korea.[12]

Berikutan pembubaran 2NE1 pada hujung 2016, Park memperbaharui kontrak baru bersama YG Entertainment.[9]

Diskografi

Lihat juga: Diskografi 2NE1

Single

  • "Kiss" (bersama CL) (2010)

Rujukan

  1. ^ Mark Russell (29 April 2014). K-Pop Now!: The Korean Music Revolution. Tuttle Publishing. m/s. 77. ISBN 978-1-4629-1411-1.
  2. ^ Okwodu, Janelle (22 September 2016). "Meet the New K-Pop Star Making Waves on the Front Row". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 April 2018.
  3. ^ "How Sandara trained to become a K-pop star". ABS-CBN News (dalam bahasa Inggeris). 30 August 2016. Dicapai pada 9 April 2018.
  4. ^ Hicap, Jonathan M. (19 June 2012). "Sandara Park's Pinoy Movies To Be Shown In Korea". The Manila Bulletin. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2012. Dicapai pada 9 April 2018.
  5. ^ Ramos, N.R. (11 May 2017). "Inspiring return". Manila Bulletin (dalam bahasa Inggeris dan Filipina). Dicapai pada 9 April 2018.
  6. ^ Nannar, Nina (9 May 2017). "Ten best selling girl groups of all time". ITV News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 April 2018.
  7. ^ Lo, Ricky (May 8, 2017). "Sandara: Yes, Robi & I are close!". The Philippine Star. Dicapai pada April 9, 2018.
  8. ^ 스타일기: 산다라박 ③ '필리핀서 쥐·도마뱀 요리도..' [Star Diary: Sandara Park Part 3: 'In the Philippines, I cooked rats and lizards']. Asia Economy (dalam bahasa Korea). March 8, 2010. Dicapai pada April 9, 2018.
  9. ^ a b c Herman, Tamar (November 26, 2016). "2NE1 Officially Disbands, YG Entertainment Renews Contracts With CL and Dara". Billboard. Dicapai pada April 9, 2018.
  10. ^ Hernandez, Vittorio (December 11, 2016). "Dara Performs Again After 2NE1 Breakup; Video Goes Viral With Almost 1 Million Hits in 1 Day". Yibada English. Dicapai pada April 9, 2018.
  11. ^ Sung, So-young (October 6, 2015). "Sandara Park to join 'Sugar Man' show". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada April 9, 2018.
  12. ^ a b Ramadhani, Nurul Fitri (July 21, 2017). "Sandara Park eyes acting but misses singing on stage". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 9, 2018.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
CL · Bom · Dara · Minzy
Album studio
Korea
To Anyone · CRUSH
Jepun
Collection
Album mini
Korea
Jepun
Album langsung
2NE1 FIRST LIVE CONCERT [NOLZA!] · 2NE1 Global Tour Live (New Evolution In Seoul)
Album lain
2NE1 · 2NE1 1st Japan Tour "NOLZA in Japan"
Rancangan realiti
2NE1TV
Tajuk berkaitan
BOM&HI · YG Entertainment · Big Bang
Diskografi · Kategori Kategori · Laman sesawang: Korea · Jepun
  • l
  • b
  • s
Eksekutif
Yang Hyun-suk (Pengasas)  · Hwang Bo-kyung (CEO)
Artis
Penyanyi solo
Eun Ji-won  · Taeyang  · Daesung  · G-Dragon  · Sandara Park  · T.O.P  · Kang Seung-yoon  · Bobby  · Mino  · Jennie  · Kim Jin-woo  · Bang Ye-dam
Kumpulan
Sechs Kies  · Jinusean  · Big Bang  · AKMU  · Winner  · iKon  · Blackpink  · Treasure
Kumpulan projek
Sublabel
The Black Label
Zion.T  · Okasian  · Somi  · Vince
YGX
Anda  · Blue.D  · Viini
Pelakon
Cha Seung-won  · Choi Ji-woo  · Jang Hyun-sung  · Jung Hye-young  · Kal So-won  · Kang Dong-won  · Kim Hee-ae  · Kyung Soo-jin  · Lee Soo-hyuk  · Lee Sung-kyung  · Seo Jeong-yeon  · Son Ho-jun  · Yoo In-na
Penerbit
Bekas artis
1TYM  · Wheesung  · Big Mama  · Lexy  · Gummy  · Se7en  · Masta Wu  · Minzy  · Park Bom  · 2NE1  · Nam Tae-hyun  · Stephanie Lee  · Koo Hye-sun  · Jung Eugene  · Lee Jong-suk  · Katie Kim  · Psy  · Epik High  · Hyoni Kang  · Code Kunst  · Tablo  · Go Joon-hee  · Seungri  · Oh Sang-jin  · Yoo Byung-jae  · Kim Hee-jung  · B.I  · One  · CL  · Im Ye-jin  · Kim Sae-ron  · Lee Hi  · Wang Ji-won  · Taebin  · Hi Suhyun  · MOBB  ·  · Nam Joo-hyuk  · Ahn Young-mi
Kategori Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Korea
Lain-lain