Simu Liu

Simu Liu
Simu di San Diego Comic-Con 2019
Kelahiran (1989-04-19) 19 April 1989 (umur 35)
Harbin, Heilongjiang, China
WarganegaraKanada
PekerjaanPelakon, penulis, pelagak ngeri
Tahun aktif2012–kini
Kampung asalMississauga, Ontario, Kanada
Simu Liu
Tulisan Cina Tradisional劉思慕code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas刘思慕code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinLiú Sī Mù
Bopomofoㄌㄧㄡˊ ㄙ ㄇㄨˋ
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
JyutpingLau4 Si1 Mou6

Simu Liu (Cina ringkas: 刘思慕code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 劉思慕code: zh is deprecated ; pinyin: Liú Sī Mù) (lahir 19 April 1989) ialah pelakon, penulis, pelagak stunt, dan pembuat filem Cina-Kanada. Beliau terkenal dengan memegang watak sebagai Jung dalam siri komedi CBC Television Kim's Convenience.[1] Beliau memulakan kerjayanya di dunia perfileman sebagai pelakon tambahan di Pacific Rim sebelum menjadi pelakon utama sebagai Shang-Cho di Marvel Cinematic Universe, yang bermula dengan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021), sekaligus menjadikan beliau pelakon Asia pertama yang mendapat perqnan utama filem Marvel Studios.

Beliau menerima pencalonan di Anugerah ACTRA dan Anugerah Skrin Kanada untuk karyanya di Blood and Water.[2]

Kehidupan peribadi

Simu dilahirkan di Harbin, kota terbesar di Heilongjiang, China, dan bermastautin ke Kanada pada usia 5 tahun. Beliau dibesarkan di Erin Mills, sebuah kawasan di Mississauga, Ontario, yang berada di dalam Wilayah Toronto Raya.[3] Semasa sekolah menengah, beliau bersekolah di Sekolah Universiti Toronto. Simu belajar selama 2 tahun di Universiti Ontario Barat dan mendalami sains kewangan dan perakaunan di Sekolah Perniagaan Ivey selama 2 tahun. Beliau bekerja sebagai akuntan di Deloitte Touche Tohmatsu sebelum keluar dari pekerjaannya.[4] Simu memutuskan untuk mencari pekerjaan yang lain sebelum memutuskan bekerja sebagai pelakon.[5]

Kerjaya

Simu pertama tampil sebagai kameo dalam filem Pacific Rim (2013) yang diarahkan oleh Guillermo del Toro.[4] Sebelum itu ia sempat menjadi kameo dalam siri televisyen, Nikita (2012) dan dia tahun selepasnya mendapat peran dalam filem bertajuk Beauty and the Beast (2014).

Pada tahun 2015, dia tampil sebagai pelagak seram dalam siri Heroes Reborn untuk tiga episod. Beliau kemudian tampil dalam siri drama jenayah OMNI Television Blood and Water (2015–2016). Pada tahun 2017, Simu menerima pencalonan ACTRA dan Anugerah Skrin Kanada.[6][7]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Nota
2013 Pacific Rim Kameo Guillermo del Toro Lakonan Pawagam Perdana
2021 Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings Shang-Chi Destin Daniel Cretton
Bright: Samurai Soul Izno (lakonan suara) Kyōhei Ishiguro Alih Suara Inggeris
Women Is Losers Gilbert Lissette Feliciano

Televisyen

Tahun Tajuk Watak Nota
2012 Nikita Konstabel Polis Hong Kong
2013 Warehouse 13 Kerani
Played Perompak
Mayday Pengawas Lapangan Terbang Laluan Udara Narita
2014 Beauty and the Beast EMT
2015 Blood and Water Paul Xie Pelakon utama
Heroes Reborn Pelagak Stunt 3 episod
Make It Pop! Randy 1 episod
2016 Taken Faaron Watak berulang (musim 1); 10 episod
2016–2021 Kim's Convenience Jung Kim Pelakon Utama
2017 Orphan Black Tuan Mitchell
Slasher: Guilty Party Luke 2 episod
Bad Blood Guy 3 episod
2018 The Expanse Leftenan Paolo Mayer 1 episode
Yappie Tom Pelakon utama
2019 Fresh Off the Boat Willie 1 episod
2020 Awkwafina Is Nora from Queens Remaja Pembersih Sampah Episod: "Grandma & Chill"
2021 Corner Gas Animated Gerald Mesmerizer (lakonan suara) Episod: "The Fresh Prints of Bell Heir"
Star Wars: Visions Lah Zhima (lakonan suara) Episod: "The Ninth Jedi": Alih Suara Inggeris[8]
The Tonight Show Starring Jimmy Fallon Dirinya peribadi (tamu) Episod: 10 September 2021
Selling Sunset Dirinya peribadi (tamu) Episod: “A House For A Hero”
Saturday Night Live Dirinya peribadi (pengacara) Episod: "Simu Liu/Saweetie"[9]
2022 Celebrity Jeopardy! Dirinya peribadi (peserta) 2 episod
The Simpsons Adult Hubert Wong (lakonan suara) Episod:? "When Nelson Met Lisa"[10]
2023 The Other Two[11] Dirinya peribadi Episod: "Cary Gets His Ass Handed to Him"
2023 StoryBots: Answer Time Socradamus Episod: "Elements"
Akan Diumumkan Seven Wonders Doktor Nate Grady Sedang dalam Pembuatan

Video muzik

Tahun Tajuk Artis Peranan Ruj.
2012 "I Could Be The One" Avicii dan Nicky Romero Kakitangan Pejabat [12]
2015 "The Filth" Dream Jefferson Samseng/Pengarah Aksi Lagak Stunt [13]
2021 "Run It" DJ Snake, Rick Ross dan Rich Brian Dirinya Peribadi [14]

Rujukan

  1. ^ "Kim's Convenience – CBC Media Centre". Canadian Broadcasting Corporation. Dicapai pada July 29, 2016.
  2. ^ "Simu Liu – Academy.ca". Academy.ca. Dicapai pada January 22, 2017.
  3. ^ Clay, Chris (October 27, 2016). "Mississauga-raised actor stars in Kim's Convenience, lands role in NBC's Taken". Mississauga News. Mississauga ON. Dicapai pada December 21, 2016.
  4. ^ a b "KollabCast Episode 144 – Simu's Convenience w/ Simu Liu". Kollaboration. Dicapai pada 2 November 2017.
  5. ^ Cornblum, Marcy. "Simu Liu for Toronto Sun". Toronto Sun. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-02. Dicapai pada December 2, 2016.
  6. ^ "Simu Liu | Best Performance by an Actor in a Featured Supporting Role in a Dramatic Program | Canadian Screen Awards". Academy.ca. January 8, 2017. Dicapai pada 6 July 2017.
  7. ^ Service, Wire (February 27, 2017). "Kim's Convenience scores two prizes at ACTRA Awards". Dicapai pada 6 July 2017.
  8. ^ "Stunning New Star Wars: Visions Trailer Debuts". StarWars.com. 17 August 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 August 2021. Dicapai pada 17 August 2021.
  9. ^ White, Peter (2 November 2021). "'SNL': Jonathan Majors & Simu Liu To Make Hosting Debuts With Taylor Swift & Saweetie Set As Musical Guests". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2021. Dicapai pada 2 November 2021.
  10. ^ "Watch Homer Go Down a Conspiracy Hole as 'The Simpsons' Season 34 Opener Pays Homage to 'Don't F**k with Cats' (EXCLUSIVE)". 23 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2022. Dicapai pada 31 October 2022.
  11. ^ "The Other Two Is Taking "Big Swings" in Season 3". Vanity Fair. March 16, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2023. Dicapai pada March 16, 2023.
  12. ^ Avicii vs Nicky Romero - I Could Be The One (Nicktim). AviciiOfficialVEVO. 24 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2020. Dicapai pada 21 November 2021 – melalui YouTube.
  13. ^ "Dream Jefferson - The Filth". Dream Jeff. 8 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2022. Dicapai pada 14 April 2022 – melalui YouTube.
  14. ^ "DJ Snake, Rich Brian, And Rick Ross Drop 'Run It' Video Starring Simu Liu". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2021. Dicapai pada 14 September 2021.

Pautan luar

Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
Lain-lain