Tom Clancy

Rencana ini adalah mengenai penulis Tom Clancy; untuk ahli pancaragam muzik rakyat Ireland, Clancy Bersaudara, sila lihat Tom Clancy (penyanyi).
Tom Clancy
Tom Clancy di Kolej Boston tahun 1989
Tom Clancy di Kolej Boston tahun 1989
Lahir(1947-04-12)12 April 1947
Kaunti Baltimore,
Maryland,
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Meninggal dunia1 Oktober 2013(2013-10-01) (umur 66)
Kaunti Baltimore,
Maryland,
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
PekerjaanPenulis novel
WarganegaraAmerika Syarikat
Tempoh1984 - kini
GenreCerita seram politik,
Cereka jenayah

Thomas Leo Clancy Jr. (lahir 12 April 1947 - 1 Oktober 2013), lebih dikenali sebagai Tom Clancy ialah penulis cerita seram politik yang laris dari Amerika Syarikat. Beliau terkenal untuk jalan cerita pengintipan yang terperinci dari segi teknikal serta sains ketenteraan yang berlatarkan situasi Perang Dingin. Namanya juga telah dijadikan jenama untuk buku-buku serupa ditulis penulis-penulis siluman serta untuk sebuah siri buku ilmiah mengenai topik-topik ketenteraan dan biografi tokoh-tokoh terutama.

Biografi

Dilahirkan di Kaunti Baltimore, Maryland, Clancy menyertai Loyola Blakefield, sebuah sekolah persediaan di Towson, Maryland, dan tamat sekolah pada tahun 1965. Beliau kemudian menyertai kursus Kesusasteraan Bahasa Inggeris di Kolej Loyola yang terletak di Baltimore, dan memperoleh ijazahnya pada tahun 1969. Clancy berkata bahawa beliau mempelajari bahasa Inggeris kerana tidak cukup pandai untuk belajar fizik. Sebelum kemunculannya dalam bidang kesusasteraan, beliau menghabiskan masanya untuk mengendalikan sebuah perniagaan insuran.

Clancy berkahwin dengan isteri pertamanya, Wanda, pada dekad 1970-an. Selepas melahirkan beberapa anak, mereka bercerai pada tahun 1998. Pada tahun yang sama, Tom Clancy telah menandatangani sebuah perjanjian belian untuk membeli pasukan bola sepak Minnesota Vikings, akan tetapi urus niaga itu gagal ketika penyelesaian perceraian mengurangkan nilai bersihnya secara ketara. Clancy berkahwin dengan penulis Alexandra Marie Llewellyn yang berumur 32 tahun pada 26 Jun 1999 ketika beliau berumur 52 tahun.

Tom Clancy merupakan pembela Islam yang awal selepas Serangan 11 September 2001. Pendiriannya ini memeranjatkan banyak orang. Beliau ditemu ramah oleh CNN pada lewat hari itu. Clancy juga bergaul dengan Jeneral Anthony Zinni, pengkritik terhadap kedua-dua perang di Iraq serta Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Kedua-dua penulis itu telah bekerjasama untuk menghasilkan dua buah buku.

Meninggal dunia pada 01 Oktober 2013 pada usia 66 tahun di Hospital Baltimore, Maryland berhampiran dengan rumah beliau.

Bibliografi

The Hunt for Red October (1984), Patriot Games (1987), Clear and Present Danger (1989) dan The Sum of All Fears (1991) telah diadaptasikan ke bentuk filem yang berjaya dari segi komersil melalui lakonan artis berkaliber seperti Alec Baldwin, Ben Affleck, dan Harrison Ford berlakon sebagai Jack Ryan, watak cereka Clancy yang paling terkenal, manakala watak cerekanya yang kedua termasyhur, John Clark, telah dilakon oleh pelakon-pelakon Willem Dafoe dan Liev Schreiber.

Dengan penerbitan Gigi Harimau, Clancy memperkenalkan anak lelaki serta dua orang anak saudara lelaki Jack Ryan sebagai watak-watak utama. Beliau kelihatan telah membersarakan Jack Ryan sebagai watak utama. Banyak peminat telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap karya-karya cereka Clancy yang baru-baru ini dan jualan bukunya telah membayangkan arah aliran pembaca yang beransur-ansur meninggalkan buku Clancy.

Clancy telah menulis banyak buku ilmiah tentang berbagai-bagai cabang Tentera Amerika Syarikat (sila lihat senarai buku ilmiah di bawah). Clancy juga menjenamakan dengan nama sendiri banyak barisan buku yang ditulis oleh penulis-penulis yang lain. Sungguhpun ditulis oleh penulis-penulis yang lain, jalan cerita umumnya adalah selaras dengan karya-karya Clancy:

  • Tom Clancy's Op Center
  • Permainan Rebut Kuasa Tom Clancy
  • Tom Clancy's Net Force
  • Penjelajah Pasukan RangkaianTom Clancy
  • Tom Clancy's Splinter Cell

Buku-buku tersebut kekadang dirujuk oleh peminat buku Tom Clancy sebagai buku "koma terbalik". Pada mula-mulanya, Clancy tidak mengaku bahawa siri-siri buku itu ditulis oleh penulis-penulis yang lain, dan hanya merakamkan terima kasih kepada penulis sebenar dalam pengenalan pengarang kerana "sumbangan yang bernilai kepada manuskrip".

Pada tahun 1997, Tom Clancy memeretai sebuah urus niaga buku dengan Penguin Putnam Inc. (sebahagian daripada syarikat Pendidikan Pearson) yang membayarnya AS$50 juta untuk hak cipta sejagat bahasa Inggeris untuk dua buah buku yang baru. Beliau kemudian mengikat perjanjian kedua yang bernilai AS$25 juta untuk sebuah urus niaga buku/multimedia empat tahun. Clancy menggunakan kesempatan yang diberikan oleh penyiaran mini-siri televisyen, Pasukan Rangkaian Tom Clancy, pada musim luruh/sejuk 1998 untuk mengikat sebuah perjanjian dengan Syarikat Buku Berkley bagi 24 buah buku kulit lembut. Alam sejagat Pusat Operasi telah menyediakan asas untuk siri buku yang ditulis oleh Jeff Rovin, suatu perjanjian yang bernilai AS$22 juta. Pada keseluruhannya, jumlah nilai pakej ialah AS$97 juta.

Kesemua novel Clancy, kecuali dua buah, menonjolkan Jack Ryan dan/atau John Clark.

Perkara remeh

  • Clancy merupakan salah satu daripada hanya dua orang penulis yang menjual dua juta buah buku pada percetakan pertama dalam dekad 1990-an. (John Grisham ialah penulis yang lain.) Novel Bahaya Jelas dan Kini, novel Clancy yang diterbitkan pada tahun 1989, menjual 1,625,544 buah buku kulit tebal, dan menyebabkan buku itu menjadi novel laris #1 pada dekad 1980-an. [1]
  • Clancy menerima ijazah kedoktoran kehormat dalam Persuratan Kemanusiaan daripada Institut Politeknik Rensselaer pada tahun 1992 dan dijemput untuk menyampaikan ucapan upacara konvokesyennya. Sejak dari masa itu, beliau telah memasukkan rujukan institusi itu ke dalam banyak karya utamanya. [2] Diarkibkan 2010-05-28 di Wayback Machine

Lihat juga

  • Dale Brown
  • Frederick Forsyth
  • Ian Fleming
  • John le Carré
  • Stephen Coonts
  • Senarai novel laris di Amerika Syarikat
  • Senarai penulis novel

Pautan luar

  • Transkrip wawancara dengan Deborah Norville tentang Perang di Iraq - April 2004
  • Ulasan-ulasan buku Tom Clancy yang terperinci
  • Soalan lazim Tom Clancy
  • Forum Tom Clancy
  • Pangkalan Data Buku Internet untuk Bibliografi Cereka
  • Dua buah wawancara audio dengan Tom Clancy (1984, 1986), RealAudio Diarkibkan 2008-09-17 di Wayback Machine

Ulasan dan kritikan kesusasteraan

  • "Sedikit sebanyak untuk Budak-budak Lelaki" oleh Christopher Hitchens, Ulasan Buku New York, 14 November 1996. Sebuah ulasan tentang buku Clancy: Marin: Lawatan Berpandu Unit Ekspedisi Laut.
Buku-buku oleh Tom Clancy

Buku fiksyen:
1980-an: The Hunt for Red October | Red Storm Rising | Patriot Games | The Cardinal of the Kremlin | Clear and Present Danger
1990-an: The Sum of All Fears | Without Remorse | Debt of Honor | Executive Orders | SSN | Rainbow Six
2000-an: The Bear and the Dragon | Red Rabbit | The Teeth of the Tiger


Buku ilmiah:
1990-an: Submarine | Armored Cav | Fighter Wing | Marine | Into the Storm | Airborne | Carrier | Every Man a Tiger
2000-an: Special Forces | Shadow Warriors | Battle Ready