Typecasting

Dalam bidang pembikinan produksi televisyen, filem dan pementasan teater, sesetengah pelakon ada kadangkalanya dikaikan kuat dengan watak tertentu dimainkannya - baik dari segi perwatakan atau penampilan dari kumpulan sosial atau etnik yang sama dengan pemeran - sehingga penampilan pelakon tersebut dalam produksi berikutan sering mempunyai corak berulang. Fenomena ini dikenali sebagai typecasting [taip-kas-ting].

Perkaitan kuat seseorang pelakon dengan perwatakan atau penampilan tertentu boleh menyukarkan peluang mendapatkan watak lain untuk dimainkan pelakon tersebut

Penerimaan

Adakalanya, pengarah filem akan memilih menempatkan pelakon tertentu (sama ada berdasarkan pilihan pengarah atau keputusan pelakon sendiri) dalam watak yang berlawanan dengan perwatakan atau penampilan yang disangka umum (against type) Sebagai contoh:

  • Dari Hollywood: pelakon Barat yang lazim muncul dalam komedi seperti Adam Sandler dan Jack Black akan sekali-sekala diberikan watak serius dalam filem bergenre drama (Sandler dalam Punch Drunk Love, Black dalam filem King Kong).
  • Dari Hong Kong: Jackie Chan yang sering melakukan aksi ngeri dalam filem yang banyak melibatkan pergerakan dan seni lawan lincah kini lebih memilih produksi thriller (seumpama Shinjuku Incident dan The Foreigner) lagi-lagi apabila usia beliau yang melanjut dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan parah hasil aksi dilakukannya semasa muda.

Rujukan